Pages

Grab A Button


Saturday, December 25

:MENJAUHI SIFAT SOMBONG:

SUMBER:fB

(Saturday, December 25, 2010 at 12:30am)
by Nurliyana Omar 

Bismillahhirrahmannirrahim..

Panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong:

Hayatilah azan kerana di sana terdapat cara-cara untuk berjaya. Beberapa panduan Imam AL-Ghazali  supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1.  Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2.  Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3.  Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4.  Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5.  Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6.  Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosa mereka akan diampunkan oleh Allah.


Wallahualam..

Sekadar renungan untuk muhasabah diri bersama

Sumber: Akhbar 'Hakiki'

No comments:

Large Grey Polka Dot Pointer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...