SUMBER:
http://ummuayman.wordpress.com/2010/05/28/hukum-chatting-dengan-bukan-muhrim-melalui-internet-dan-telefon/(May 28, 2010 at 1:19 am         (Akhlak dan Adab)                  
(Oleh : Syaikh Nashir bin Hamd Al Fahd0)
Soalan: Aku adalah seorang  pemuda. Aku punya hobi melayari internet dan chatting. Aku hampir tidak  pernah chatting dengan wanita. Jika terpaksa aku chatting dengan wanita  maka aku tidaklah berbicara kecuali dalam hal yang baik-baik.
Kurang dari setahun lalu ada  seorang gadis yang mengajak aku chatting lalu meminta nombor telefonku.  Aku katakan bahawa aku tidak mahu menggunakan telefon dan aku tidak  ingin membuat Allah murka kepadaku.Dia lalu mengatakan, “Engkau  adalah seorang pemuda yang sopan dan berakhlak mulia. Aku akan bahagia  jika kita boleh berkomunikasi secara langsung”. Kukatakan kepadanya,  “Maaf aku tidak mahu menggunakan telefon bimbit”. 
Kemudian dia berkata  dengan nada kesal, “Terserah kamu kalau begitu”.
Selama beberapa bulan kami  hanya berhubungan melalui chatting. Suatu ketika dia mengatakan, “Aku  ingin nombor telefonmu”. “Bukankah dulu sudah pernah kukatakan kepadamu  bahawa aku tidak mahu menggunakan telefonku”, jawabku. Dia lalu berjanji  tidak akan menghubungiku kecuali ada hal yang mendesak. Kalau demikian  aku sepakat.Setelah itu selama tiga bulan  dia tidak pernah menghubungiku. Akupun berdoa agar Allah menjadikannya  bersama hamba-hamba-Nya yang soleh.
Tak lama kemudian ada seorang  gadis kurang lebih berusia 16 tahun yang berakhlak dan sangat sopan  menghubungi telefonku. Dia berkata dalam telefon, “Apa benar engkau  bernama A?”. “Benar, apa yang boleh kubantu”, tanyaku. Dia mengatakan,  “Fulanah, iaitu gadis yang telah kukenal melalui chatting, kirim salam  untukmu”. “Salam kembali untuknya. Mengapa tidak dia sendiri yang  menghubungiku?”, tanyaku. “Telefon rumahnya diawasi ketat oleh orang  tuanya”, jawabnya.
Setelah orang tuanya kembali  memberi kelonggaran, dia kembali menghubungiku. Kukatakan kepadanya,  “Jangan sering telefon” namun dia selalu saja menghubungiku. 
Akan tetapi  pembicaraan kami sebatas hal-hal yang baik-baik. Kami saling  mengingatkan untuk melaksanakan solat, puasa dan solat tahajjud.
Setelah beberapa waktu  lamanya, dia berterus terang bahawa dia jatuh cinta kepadaku dan aku  sendiri juga sangat mencintainya. Aku juga berharap dapat menikahinya  sesuai dengan ajaran Allah dan rasul-Nya kerana dia adalah seorang gadis  yang berakhlak, beradab dan taat beragama setelah aku tahu secara pasti  bahawa aku adalah orang yang pertama kali melamarnya melalui telefon.Akan tetapi empat bulan yang  kemudian, ayahnya memaksanya untuk menikah dengan saudara sepupunya  sendiri kerana ayahnya marah dengannya. Inilah awal masalah. Aku mulai  sukar untuk tidur. Kukatakan kepadanya, “Serahkan urusan kita kepada  Allah. Kita tidak boleh menentang takdir”. Namun walaupun dia sudah  menikah tetap saja menghubungiku. Kukatakan kepadanya, “Haram bagimu  untuk menghubungiku kerana engkau sudah menjadi isteri seseorang”.
Yang jadi permasalahan,  bolehkah dia menghubungiku melalui telefon sedangkan dia telah menjadi  isteri seseorang? Allahlah yang menjadi saksi bahawa pembicaraanku  dengannya terbatas perkara yang baik-baik. Kami saling mengingatkan  untuk menambah ketaatanlebih-lebih lagi ayahnya memaksanya untuk menikah  dengan dengan lelaki yang tidak dia cintai.
Jawab:
Saling menelefon dengan yang bukan muhrim itu tidaklah diperbolehkan secara mutlak baik pihak wanita sudah bersuami mahupun belum. Bahkan ini adalah tipu daya Iblis.
Saling menelefon dengan yang bukan muhrim itu tidaklah diperbolehkan secara mutlak baik pihak wanita sudah bersuami mahupun belum. Bahkan ini adalah tipu daya Iblis.
Engkau katakan bahawa tidak  ada hubungan antaramu dengan dia selain saling menasihati dan mengajak  untuk melakukan amal soleh. Perhatikan bagaimana masalah cinta dan yang  lainnya menyusup melalui hal ini. Bukankah engkau tadi mengatakan bahawa  engkau mencintainya dan diapun mencintaimu sedangkan katamu topik  pembicaraanmu hanya terbatas amal soleh? Kami tahu sendiri beberapa  pemuda yang semula sangat taat beragama berubah menjadi menyimpang  gara-gara hal ini.
Wahai saudaraku bertakwalah  kepada Allah. Jauhilah perkara ini. Cara-cara seperti ini lebih  berbahaya dari pada cara-cara orang fasik yang secara terang-terangan  bersembang dengan perempuan dengan tujuan-tujuan yang tidak terpuji.  Mereka sedar bahawa yang mereka lakukan adalah sebuah maksiat. Sedar  bahawa perkara itu adalah keliru merupakan awal langkah untuk  memperbaiki diri.
 
Sedangkan dirimu tidak demikian bahkan boleh jadi engkau menganggapnya sebagai sebuah ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan,
مَا تَرَكْتُ بَعْدِى فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
“Tidaklah kutinggalkan suatu  ujian yang lebih berat bagi laki-laki melebihi wanita” (HR Bukhari no  4808 dan Muslim no 2740 dari Usamah bin Zaid).
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,
فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِى إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِى النِّسَاءِ
“Sesungguhnya awal kebinasaan Bani Israil adalah disebabkan masalah wanita” (HR Muslim no 7124 dari Abu Sa’id Al Khudry).
Perempuan yang mengajakmu  bersembang dengan berbagai perkara ini padahal tidak ada hubungan  kekeluargaan antara dirimu dengannya adalah suatu yang haram.  Hati-hatilah dengan cara-cara seperti ini. Semoga Allah menjadikanmu  sebagai salah seorang hamba-Nya yang soleh.
Soalan: Sekiranya jawaban  terhadap pertanyaan di atas adalah tidak boleh apakah boleh dia  mengajakku bersembang melalui internet?
Jawab:Wahai saudaraku, hal ini tidaklah dibolehkan. Hubunganmu dengannya semula adalah chatting lalu berkembang menjadi komunikasi langsung melalui telefon dan puncaknya adalah ungkapan cinta. Apakah hanya akan berhenti di sini?
Semua hal ini adalah tipu daya Iblis untuk menjerumuskan kaum muslimin dalam hal-hal yang haram. Bersyukurlah kepada Allah kerana Dia masih menyelamatkanmu. Bertakwalah kepada Allah, jangan ulangi lagi baik dengan perempuan tersebut ataupun dengan yang lain.
Soalan: Apa hukum seorang laki-laki yang chatting dengan seorang perempuan melalui internet dan yang dibicarakan adalah hal yang baik-baik?
Jawab:Tidak ada seorangpun yang boleh mengeluarkan fatwa yang bersifat umum untuk permasalahan seperti ini kerana ada banyak hal yang harus dipertimbangkan masak-masak. Fatwa yang boleh saya sampaikan kepadamu adalah perbualan dengan bukan muhrim yang sepertimana yang kau lakukan adalah tidak diperbolehkan. Bukti nyata untuk hal ini adalah apa yang engkau ceritakan sendiri bahawa hubunganmu dengan perempuan tersebut terus berkembang ke arah yang terlarang.
(Dinukil dan diterjemahkan dari Majmu Fatawa Al Adab karya Nashir bin Hamd Al Fahd).


No comments:
Post a Comment