Pages

Grab A Button


Friday, December 31

:SAMBUTAN TAHUN BARU MASIHI HARAM!!!:

SUMBER:fB

(Friday, December 31, 2010 at 4:43pm)
Amat malang saudara-saudara kita di Palestin, dalam keadaan mereka dibunuh, disembelih, dicemar kehormatan dek tangan-tangan penjarah dan anjing-anjing neraka, Yahudi Laknatullah ‘alaihim ajma’in, saudara-saudara mereka di Malaysia dan lain-lain lagi sibuk menyambut perayaan yang membesarkan Tuhan selain Allah, membesarkan syariat selain syariat Islam, memuja ajaran kufur yang mengatakan Tuhan itu Tiga tapi satu satu tapi tiga.


Ya, saudara-saudara mereka pada malam ini akan menyambut Tahun Baru Masehi, perayaan yang padanya dizahirkan Syiar Agama Nasrani yang syirik yang dilaknat Allah s.w.t. Mereka melupakan saudara mereka yang ditindas, membiarkan mereka terkapai-kapai mencari pertolongan tetapi tidak diendahkan…Wang dan harta benda dibelanjakan untuk membesarkan ajaran Kristian sedangkan saudara se-Islam mereka memerlukannya untuk berjihad menjaga kesucian Baitul Maqdis, tempat Isra’ dan Mikraj Muhammad Rasulullah s.a.w.

Apakah Tahun Baru Masehi Itu?

Iaitulah sambutan keagamaan Kristian ‘alaihim laknatullah wa sukhtuh sebagaimana dinyatakan dalam Ensikolpedia Katolik:

For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints. [  http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm ]

Jelas daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja England, New Year’s Day adalah termasuk perayaan keagamaan.

Lebih daripada itu, tarikh 1 Januari sebagai tahun baru diakui sendiri oleh Kristian ianya berasal daripada agama Pagan atau Penyembah Berhala sebagai berikut :

Christian nations did not agree in the date of New Year’s Day. They were not opposed to 1 January as the beginning of the year, but rather to the pagan extravagances which accompanied it.
[ http://www.newadvent.org/cathen/11019a.htm ]

Apabila telah sabit akan hal ini maka diketahui secara daruri perayaan ini dilarang dalam Islam. Dalilnya adalah sebagai berikut :

Pertama : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat orang mukmin sejati dinyatakan :

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا
Maksudnya : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.

Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur  (Lihat tempat bergaris)  adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130].
Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin.
Kedua : Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w :

عن أنس بن مالك قال كان لأهل الجاهلية يومان في كل سنة يلعبون فيهما فلما قدم النبي صلى الله عليه و سلم المدينة قال كان لكم يومان تلعبون فيهما وقد أبدلكم الله بهما خيرا منهما يوم الفطر ويوم الأضحى

Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi s.a.w tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih].

Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti  Eidul Fitri dan Eidul Adha. Kaum Jahiliah adalah Pagan yakni penyembah berhala, maka sesuailah hadis ini melarang perayaan 1 Januari yang merupakan perayaan Pagan.

Ketiga : Hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim berikut, sabda Rasulullah s.a.w :

إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

Maksudnya : “sesungguhnya bagi setiap kaum (agama) ada perayaannya dan hari ini  (Eidul adha) adalah perayaan kita”.


Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani r.h dalam mensyarahkan hadis ini :
وَاسْتُنْبِطَ مِنْهُ كَرَاهَةُ اَلْفَرَحِ فِي أَعْيَادِ اَلْمُشْرِكِينَ وَالتَّشَبُّهِ بِهِمْ

Maksudnya : “Diambil daripada hadis ini ketetapan hukum dilarang melahirkan rasa gembira pada perayaan kaum musyrikin dan meniru mereka (dalam perayaan)”. [Fathul Bari, 3/371].

Syeikh al-Nasafi al-Hanafi r.h memberi fatwa bahawa sesiapa yang menghadiahkan sebiji telur kepada orang kafir pada hari perayaan mereka kerana memuliakan sambutan perayaan tersebut maka dia kafir. undefined.

Keempat : Ijmak Ulama

Imam Ibn al-Qayyim r.h menyatakan dalam kitab beliau, Ahkam Ahli Zimmah :

لايجوز للمسلمين ممالأة المشركين في إظهار شعائرهم

Maksudnya : “Tidak boleh (haram) kepada kaum muslimin menolong orang musyrik menzahirkan syiar agama mereka”. [Ahkam Ahli Zimmah, 156].

Lalu dia menyatakan lagi :

وكما أنهم لا يجوز لهم إظهاره فلا يجوز للمسلمين ممالاتهم عليه ولا مساعدتهم ولا الحضور معهم باتفاق أهل العلم الذين هم أهله
Maksudnya : “dan sebagaimana mereka (kafir) tidak boleh menzahirkan syiar perayaan mereka maka tidak boleh pula bagi kaum muslimin menolong dan membantu mereka (mengadakan perayaan dan menzahirkan syiar agama mereka) dan tidak boleh menghadirinya dengan sepakat ulama”. undefined.

Kata beliau lagi :
وأما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق مثل أن يهنئهم بأعيادهم وصومهم فيقول عيد مبارك عليك أو تهنأ بهذا العيد ونحوه فهذا إن سلم قائله من الكفر فهو من المحرمات وهو بمنزلة أن يهنئه بسجوده للصليب بل ذلك أعظم إثما عند الله وأشد مقتا من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس وارتكاب الفرج الحرام ونحوه .

Maksudnya: “adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar kafir yang khusus dengannya maka adalah haram dengan ittifaq(ijma’) seperti memberi tahniah pada perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: “ ‘Eid Mubarak”(“Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. Jika pengucapnya selamat daripada iktikad kufur maka ianya haram (jika tidak, maka hukumnya kufur juga), ini kerana ucapan ini samalah seperti kita memberi tahniah atasnya kerana sujud kepada salib bahkan perbuatan ini lebih dahsyat daripada seseorang memberi tahniah kepada seseorang kerana meminum arak, membunuh, berzina dan seumpamanya”. [Ahkam Ahli Zimmah, 162].
Ulama telah ijmak, memberi ucapan selamat hari raya pun diharamkan, apatah lagi menyertai dan menyambutnya.
Berkata Ulama Hanafiah :

ويكفر بخروجه إلى نيروز المجوس والموافقة معهم فيما يفعلونه في ذلك اليوم وبشرائه يوم نيروز شيئا لم يكن يشتريه قبل ذلك تعظيما للنيروز لا للأكل والشرب وبإهدائه ذلك اليوم للمشركين ولو بيضة تعظيما لذلك اليوم

Maksudnya : “dan menjadi kafir seseorang muslim dengan dia menyertai perayaan kaum Majusi dan mengikuti apa yang mereka perbuat pada hari itu, dan demikian juga kafir dia jika dia membeli sesuatu pada hari Nairuz yang tidak pernah dibelinya pada hari lain kerana memuliakan hari tersebut bukan kerana dia memakan atau minum pada hari itu, dan jadi kafir dia dengan memberi hadiah walaupun sebiji telur kepada kaum musyrikin pada perayaan mereka kerana memuliakan hari itu”. [Majmak al-Anhar, 2/513]

Ulama Malikiah menyatakan :
أي أن اللعب في يوم النيروز وهو أول يوم من السنة القبطية مانع من قبول الشهادة وهو من فعل الجاهلية والنصارى
Maksudnya : “Yakni, berseronok dan bergembira (menyambut) pada perayaan Nairuz yakni awal Tahun Qibti menghalang daripada seseorang menjadi saksi (dalam mahkamah) kerana ia perbuatan orang-orang Jahiliah (Pagan) dan Nasrani”. [al-Syarhul Kabir, 4/181]

Jelas daripada kenyataan ini, menyambut perayaan kafir adalah dosa besar.

Berkata Abul Qasim Hibatullah al-Syafii :

ولا يجوز للمسلمين أن يحضروا أعيادهم لأنهم على منكر وزور
Maksudnya : “dan tidak boleh bagi muslimin menghadiri perayaan mereka (musyrikin) kerana mereka itu melakukan munkar dan dosa”. [Ahkam Ahli Zimmah,156]

Dalam al-Majmuk dinyatakan :

ويمنعون من اظهار الخمر والخنزير وضرب النواقيس والجهر بالتوراة والانجيل وإظهار الصليب واظهار أعيادهم ورفع الصوت على موتاهم

Maksudnya : “dan dilarang mereka itu (Ahli Zimmah yakni orang kafir yang hidup sebagai warganeraga negara Islam) daripada menzahirkan arak, babi, membnyi loceng, mengeraskan bacaan Taurat dan Injil, menzahirkan salib dan perayaan mereka serta menguatkan suara ratapan mayat”. [19/412]

Ulama Hanabilah menyatakan :
ويحرم شهود عيد اليهود والنصارى وغيرهم من الكفار
Maksudnya : “dan haram menghadiri perayaan Yahudi dan Nasrani dan selain mereka daripada orang kafir”. [Kaysaful Qina', 3/131]

Daripada kenyataan para ulama mazhab yang empat ini, menunjukkan semua mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang empat mengharamkan perayaan kafir sama ada menyertainya, memberi tahniah, atau membenarkan mereka mengadakan sambutan secara terbuka dalam negara Islam.

Kelima : Qaul Sahabat
قال عمر رضي الله عنه: “لا تعلموا رطانة الأعاجم ولا تدخلوا على المشركين في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم”.
Maksudnya : “Berkata Umar r.a : Janganlah kamu belajar lenggok bahasa ajam dan jangan masuk kepada orang musyrikin di tempat ibadat mereka pada perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka”. [al-Baihaqi, Sahih].

Kesimpulan
Oleh itu, sabit dengan pasti bahawa Syariat Islam melarang umatnya daripada menyertai apa-apa perayaan agama lain termasuk antaranya sambutan Tahun Baru Masihi.

Usaha sesetengah mereka yang mendakwa pertubuhan dakwah atau pejuang Islam menyambut perayaan syirik ini dengan dakwaan menyampaikan dakwah Islam tidak ubah seperti Paul yang sanggup mengadaptasi akidah syirik masuk ke dalam ajaran Nabi Isa a.s dengan dakwaan menarik mereka mengikut agama Tauhid yang akhirnya menjadikan ajaran Nabi Isa a.s berubah menjadi agama syirik iaitu Nasrani.Nauzubillah min zalik.

OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

http://mashoori.wordpress.com/2008/12/31/sambutan-tahun-baru-masehi-haram/



                                                    
read more “:SAMBUTAN TAHUN BARU MASIHI HARAM!!!:”

:Hukum Sambutan Tahun Baru Masihi:

   


SUMBER:
http://razibanna.blogspot.com/2009/12/hukum-sambutan-tahun-baru-masehi-2.html




Assalamualaikum.....................


Artikel ini bukan untuk menghujat, memaksa, apalagi menghakimi. artikel ini hanya REKOMENDASI untuk semua teman2 dan respon kpd tjuk yg dketengahkn shbt sperjuangn. MAU atau TIDAK, SETUJU atau TIDAK, terserah kpd KITA

Paling sedikit ada 3 kerusakan Malam Tahun Baru

Kerusakan PERTAMA : Merayakan Tahun Baru Berarti Tasyabbuh (Meniru-niru) Orang Kafir
Seperti telah kami kemukakan dalam sejarah di atas bahwa perayaan tahun baru sama sekali bukanlah tradisi kaum muslimin, namun perayaan tradisi tersebut adalah hasil import dari negeri kafir dan diadopsi serta dimeriahkan oleh kaum muslimin. Sehingga merayakannya berarti meniru-niru orang orang-orang kafir. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pun telah mengabarkan bahwa kaum muslimin akan mengikuti jalan mereka.
Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

« لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَأْخُذَ أُمَّتِى بِأَخْذِ الْقُرُونِ قَبْلَهَا ، شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ » . فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَفَارِسَ وَالرُّومِ . فَقَالَ « وَمَنِ النَّاسُ إِلاَّ أُولَئِكَ »


“Kiamat tidak akan terjadi hingga umatku mengikuti jejak orang-orang sebelumnya sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.” Lalu ada yang menanyakan pada Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam-, “Apakah mereka itu mengikuti seperti Persi dan Romawi?” Beliau menjawab, “Selain mereka, lantas siapa lagi?”3

Dari Abu Sa'id Al Khudri, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

“Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang penuh lika-liku, pen), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, Apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nashrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?”4

An Nawawi -rahimahullah- ketika menjelaskan hadits di atas menjelaskan, “Yang dimaksud dengan syibr (sejengkal) dan dziro' (hasta) serta lubang dhob (lubang hewan tanah yang penuh lika-liku), adalah permisalan bahwa tingkah laku kaum muslimin sangat mirip sekali dengan tingkah Yahudi dan Nashroni. Yaitu kaum muslimin mencocoki mereka dalam kemaksiatan dan berbagai penyimpangan, bukan dalam hal kekufuran. Perkataan beliau ini adalah suatu mukjizat bagi beliau karena apa yang beliau katakan telah terjadi saat-saat ini.”5

Lihatlah apa yang dikatakan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Apa yang beliau katakan memang benar-benar terjadi saat ini. Berbagai model pakaian orang kafir diikuti oleh kaum muslimin, sampai pun yang setengah badan. Begitu pula berbagai perayaan pun diikuti, termasuk pula perayaan tahun baru ini.
Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pun secara tegas telah melarang kita meniru-niru orang kafir (tasyabbuh). Beliau bersabda,

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

”Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bagian dari mereka”6 Menyerupai orang kafir (tasyabbuh) dalam hal pakaian, penampilan dan kebiasaan. Tasyabbuh di sini diharamkan berdasarkan dalil Al Qur’an, As Sunnah dan kesepakatan para ulama (ijma’).7




Kerusakan KEDUA: Merekayasa Amalan yang Tanpa Tuntunan di Malam Tahun Baru

Aneh betul. Kita sudah ketahui bahwa perayaan tahun baru ini adalah dari orang kafir dan merupakan tradisi mereka.Namun diantara kita ada yang berpendapat. “Daripada waktu kaum muslimin sia-sia, mending malam tahun baru kita isi dengan dzikir berjama'ah di masjid.. Itu tentu lebih manfaat dan dalam rangka mensyukuri nikmat Allah”, demikian ungkapan sebagian orang. Ini sungguh melakukan suatu amalan yang dibuat-buat. Perayaan tahun baru sendiri adalah bukan perayaan atau ritual kaum muslimin, lantas kenapa harus disyari'atkan amalan tertentu ketika itu? Apalagi menunggu pergantian tahun pun akan mengakibatkan meninggalkan berbagai kewajiban sebagaimana nanti akan kami utarakan.

Jika ada yang mengatakan, “Daripada menunggu tahun baru diisi dengan hal yang tidak bermanfaat, mending diisi dengan dzikir. Yang penting kan niat kita baik.”

Maka niat baik semacam ini dengan perkataan Ibnu Mas’ud ketika dia melihat orang-orang yang berdzikir, namun tidak sesuai tuntunan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Orang yang melakukan dzikir yang tidak ada tuntunannya ini mengatakan pada Ibnu Mas’ud,
وَاللَّهِ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ مَا أَرَدْنَا إِلاَّ الْخَيْرَ.

”Demi Allah, wahai Abu ‘Abdurrahman (Ibnu Mas’ud), kami tidaklah menginginkan selain kebaikan.”
Ibnu Mas’ud lantas berkata,
وَكَمْ مِنْ مُرِيدٍ لِلْخَيْرِ لَنْ يُصِيبَهُ

“Betapa banyak orang yang menginginkan kebaikan, namun mereka tidak mendapatkannya.”8

Jadi dalam melakukan suatu amalan, niat baik semata tidaklah cukup. Kita harus juga mengikuti contoh dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, baru amalan tersebut bisa diterima di sisi Allah.

Perayaan semacam tahun baru juga sudah ada di masa silam. Namun tidak pernah di antara para ulama yang mensyari'atkan pada kaum muslimin agar hari itu tidak sia-sia untuk melakukan dzikir dan amalan lainnya. Para ulama seringkali menyatakan,

لَوْ كَانَ خَيرْاً لَسَبَقُوْنَا إِلَيْهِ

“Seandainya amalan tersebut baik, tentu mereka (para sahabat) sudah mendahului kita melakukannya.” Ibnu Katsir mengatakan, “Inilah perkataan para ulama pada setiap amalan atau perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh para sahabat. Mereka menggolongkan perbuatan semacam ini sebagai bid’ah. Karena para sahabat tidaklah melihat suatu kebaikan kecuali mereka akan segera melakukannya.”9 Berarti yang tidak mereka lakukan, lalu dilakukan oleh orang-orang setelah mereka adalah perkara yang jelek. Maka begitu pula halnya kita katakan pada perayaan tahun baru. Seandainya perayaan tersebut adalah baik, tentu para sahabat akan mendahului kita dalam melakukannya.


Kerusakan KETIGA:

Terjerumus dalam Keharaman dengan Mengucapkan Selamat Tahun Baru
Karena kita ketahui bersama bahwa tahun baru adalah syiar orang kafir dan bukanlah syiar kaum muslimin. Jadi, tidak pantas seorang muslim memberi selamat dalam syiar orang kafir seperti ini.

Ibnul Qoyyim dalam Ahkam Ahli Dzimmah mengatakan, ”Adapun memberi ucapan selamat pada syi’ar-syi’ar kekufuran yang khusus bagi orang-orang kafir (seperti mengucapkan selamat natal, pen) adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan ijma’ (kesepakatan) para ulama. Contohnya adalah memberi ucapan selamat pada hari raya dan puasa mereka seperti mengatakan, ‘Semoga hari ini adalah hari yang berkah bagimu’, atau dengan ucapan selamat pada hari besar mereka dan semacamnya.” Kalau memang orang yang mengucapkan hal ini bisa selamat dari kekafiran, namun dia tidak akan lolos dari perkara yang diharamkan. Ucapan selamat hari raya seperti ini pada mereka sama saja dengan kita mengucapkan selamat atas sujud yang mereka lakukan pada salib, bahkan perbuatan seperti ini lebih besar dosanya di sisi Allah.



                        
read more “:Hukum Sambutan Tahun Baru Masihi:”

Kuatkah Daku Andai Tiang Itu Masih Rapuh?

SUMBER:

http://www.iluvislam.com/karya/cerpen/1405-kuatkah-daku-andai-tiang-itu-masih-rapuh.html

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost that your so alone
All you is see is night
And darkness all around
 You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah... 


Telefon bimbitku berulang-ulang kali mendendangkan lagu InshaAllah nyanyian penyanyi arab terkenal, Maher zain. Oleh kerana lagunya sangat menenangkan serta menyentuh kalbu,aku menjadikannya sebagai nada dering untuk jam locengku di telefon bimbit.Tanganku pantas meraba ke bawah bantal mencari telefon bimbitku. ”Hah,dapat pun!” Dengan bersusah payah aku membuka mata dan...
Astaghfirullahalazim! 6.07 pagi?

Aku kesiangan lagi pagi ini dan yang paling menyedihkan solat subuhku ‘gajah’ lagi.Mungkin bukan gajah tetapi ‘dinosaur’ layaknya kerana kini subuh di Mesir masuk waktu seawal sekitar 4.15 pagi.Masuk pagi ini sudah tiga kali berturut-turut aku terlewat bangun untuk mengerjakan solat subuh.
Lantas aku beristighfar lagi sambil melompat dari atas katil. Langkahku dipercepat.Tiang agamaku tidak mungkin kubiarkan terus rapuh. Biar sudah terlambat, solat harus dikerjakan dan keampunan harus kupinta daripada Yang Maha Pengampun.

Matahari semakin terik. Peluh cepat sahaja bertelur di dahiku. Mujur kelas selama enam jam berturut-turut sudah pun tamat, alhamdulilah. Namun ada sesuatu yang kukesali. Walaupun si pensyarah hebat dalam menerangkan ilmu-ilmu medik kepada kami, nampaknya aku gagal memahaminya dengan baik.
Aku tidak dapat fokus sedang teman-teman yang lain tersenyum lebar sambil memuji-muji kehebatan si pensyarah tadi menghurai tajuk pelajaran pada hari ini. Muhasabahku mengingatkan aku kepada solat subuh yang terlewat pagi tadi. Mungkin inilah akibatnya apabila solat subuh yang merupakan permulaan hari pun tidak dikerjakan pada waktunya. Bibirku melafazkan istighfar lagi.

Setibanya aku di asrama MARA, aku terus mengajak ahli baitku mengerjakan solat asar berjemaah. Kali ini solatku lebih khusyuk seolah-olah ingin berlama-lama ‘menghadap’ Dia demi memohon keampunan dari setiap penjuru khilaf yang telah ku perbuat. Usai solat, wirid yang aku imami sengaja aku panjangkan dek kerana perasaan rasa bersalahku padaNya masih berbaki.

Satu jam lagi Madrasah al-Razi akan bermula. Hendak mengulangkaji pada waktu petang-petang sebegini selalunya apa-apa yang dibaca susah sedikit mahu difahami, tambahan pula memang aku sudah terbiasa belajar selepas solat maghrib. Untuk mengisi masa lapang ,ku buka komputer ribaku untuk menyemak emel. Tiba-tiba ‘offline message’ dari Kak Mardhiah,mahasiswi usuluddin Universiti Al-Azhar muncul di skrin.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan:
Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Aku terkedu. Mesej yang diterima betul-betul terkena di batang hidungku sendiri. Tidak dapat kubayangkan betapa seksa dan dahsyatnya azab Allah SWT. Air panas yang terkena ditanganku semasa membancuh teh pagi tadi pun sudah cukup membuatku terjerit, apatah lagi azab Allah yang maha pedih.
”Nauzubillah min zalik”, ucapku dalam hati.

Sememangnya pagi tadi aku bukan sengaja melewatkan solat subuhku.Aku cuma terlewat bangun kerana kepenatan belajar sehingga terbawa-bawa ke dalam lena yang panjang. Namun perasaan bersalah terasa kuat sehingga diri terasa hina. Ah,lama sungguh aku melayan perasaan. Madrasah al-Razi bakal bermula sebentar sahaja lagi.

Tingkat 3 bangunan MARA Iskandariah sudah dibanjiri dengan kedatangan mahasiswa dan mahasiswi. Seperti biasa,bilangan akhawat melebihi bilangan ikhwah yang hadir. Tidak lama kemudian,Ustaz Salman Maskuri atau lebih dikenali sebagai ‘Akhi Salman' di alam maya tiba diiringi beberapa orang ikhwah.
Syukur pada Allah kerana dengan adanya insan yang bersungguh-sungguh mahu berkongsi ilmu seperti Ustaz Salman, kami mendapat pelbagai ilmu yang sudah semestinya tidak mungkin diperolehi di Fakulti Perubatan. Meskipun sistem pembelajaran tampak menarik diselang-selikan pula dengan lawak-lawak ustaz yang pastinya mengundang tawa, tumpuanku agak terganggu dengan kehadiran ikhwah yang seorang ini.

Petang ini, dia kelihatan bersahaja memakai baju melayu berwarna biru laut, warna kesukaanku. Tambahan pula, dia memilih untuk duduk betul-betul sebaris denganku. Ah,Allah memang sengaja ingin menguji keimananku. Pandanganku asyik tertumpu ke arah pemuda itu. Entah mengapa hatiku berkenan sungguh padanya. Mungkin kerana akhlaknya yang baik, ditambah pula dengan sikapnya yang peramah serta berkepimpinan. Tetapi dia tidak pernah mengetahui bahawa aku mengaguminya dalam diam. Cuma terdaya memandangnya dari jauh.

Lamunanku terhenti apabila ustaz menyentuh bab hati. Tumpuanku bertambah semula. Ada kata-kata ustaz yang merenggut ketenangan di hatiku. Kata ustaz, semasa solat kita hendaklah khusyuk kerana apabila kita teringat perihal dunia sedang bibir memuji kebesaranNya, Allah akan berkata dengan nada yang sedih:

”Yang mana lebih penting? Aku atau perihal dunia yang kau ingat itu?”.
Kemudian apabila kita teringat lagi perihal dunia buat kali kedua setelah datangnya khusyuk, Allah akan bertanya soalan yang sama buat kali kedua. Dan apabila kita teringat perihal dunia buat kali ketiga, Allah tidak akan bertanya lagi. Jika Allah sudah tidak hiraukan kita lagi, adakah solat yang kita laksanakan akan diterima?

Aku terus tersentak. Kelas Madrasah al-Razi kali ini betul-betul memberi impak besar pada diriku. Dadaku terasa bagai dihempap. Sedih, terkilan, menyesal, semuanya menjadi satu. Seisi kelas terdiam seribu bahasa bagai bermuhasabah sendiri pada waktu itu juga.Ya Allah,orang yang melaksanakan solat, tiang agamaMu pun ada cacat celanya apatah lagi orang yang menunaikan solat tetapi di hujung-hujung waktu sepertiku ini. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini.

Kali ini mataku tidak terarah ke arah sang pemuda itu lagi. ”Maksiat mata!”, bentak hatiku. Aku bertekad,perasaan ini tidak harus dilayan dan solat selepas ini akan kukerjakan dengan sebaiknya walau terpaksa berperang dengan diri sendiri melawan kemalasan serta hasutan syaitan. Ya! Aku harus kuat untuk menjadi muslim yang sejati. Biar Islam pada diriku bukan sekadar tertulis hanya pada nama, tetapi biar terzahir pada hati, lafaz serta perbuatanku.
Allahuakbar,allahuakbar....

Azan sudah pun berkumandang. Alhamdulilah, pada kali ini aku berjaya menunaikan solat Subuh pada awal waktu. Aku berasa sangat sehingga di kelas pun aku masih tersenyum. Pada sujud terakhir, ada air mata keluar berlinangan dari kelopak mataku. Alangkah indahnya jika kita sentiasa hidup dalam keimanan. Alhamdulilah...

- Artikel iluvislam.com

               
read more “Kuatkah Daku Andai Tiang Itu Masih Rapuh?”

Thursday, December 30

:HUKUM MENYAMBUT TAHUN BARU

SUMBER: 
http://episodbaru.blogspot.com/2009/12/menarik-hukum-menyambut-tahun-baru-31.html


Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri.

Adapun, menyambut tahun baru Masehi (yang dikira menurut awal kelahiran Nabi Isa as), menurut pandangan saya (Ustaz Zaharuddin), ia adalah HARUS secara bersyarat. Syarat-syaratnya seperti berikut :-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan program keagamaan, maka saya masih merasakan HARUSNYA kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya :
 
"Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : "Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"

Ertinya : 

"Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)


* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali di Kelantan atau dalam sebuah Negara yang pemimpin dan rakyatnya mempunyai ilmu agama yang baik. Justeru, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula " (al-Zalzalah : 7-8)

Adakah 7 dosa-dosa kecil (saperti hasad, dengki) yang dosa dan akibatnya lebih besar dari 7 dosa-dosa besar?

Maksud hadis Nabi SAW yang berbunyi :

"Janganlah kamu menganggap sesuatu dosa itu sebagai dosa besar kerana kemungkinannya dia dosa kecil dan sebaliknya janganlah kamu menganggap sesuatu dosa itu kecil, kemungkinannya ia adalah dosa besar"

Adapun 7 dosa besar yang disebut dalam hadis itu adalah contoh sebahagian dosa besar sedangkan masih banyak lagi dosa-dosa besar yang lain. Apa yang penting bagi kita adalah berusaha menjauhi segala dosa dan bertaubat dengan segera jika kita telah melakukannya. Antara contoh sifat-sifat mazmumah seperti riak, 'ujub, takbur dan fitnah.

Wallahua'lam

                                      
Ustaz Zaharuddin
                                 
read more “:HUKUM MENYAMBUT TAHUN BARU”

:Cinta Kerana Allah

 SUMBER:   
http://syiarislamdanremaja.blogspot.com/


Maksudnya ialah kita mesti melakukan sesuatu perkara itu seperti menolong seseorang rakan hanya ikhlas kerana Allah dan untuk mendapatkan keredhaanNya walaupun ianya melanggar kehendak kita sendiri. 


Sabda Rasullullah SAW: “Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman:

 
*Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya

*orang yang mencintai seseorang hanya kerana Allah
  
*orang yang tidak suka kembali kepada kekufuran , sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka”. [HR Ahmad]
 


















read more “:Cinta Kerana Allah”

Wednesday, December 29

:Letak Gambar muslimah di facebook

Muhd Zulfarid December 29 at 1:34am
Apa hukum muslimah meletakkan gambar mereka yg menutup aurat di dalam laman sosial (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri?

Ada beberapa sudut yang perlu dibincang dalam isu ini antaranya ialah perhiasan yang dibenarkan didedahkan oleh seorang wanita , isu saranan menundukkan pandangan kepada kaum lelaki ,isu niat dan isu fitnah.

Firman Allah SWT:

Bermaksud :dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; (terjemahan sebahagian ayat 31 surah al-Nur )

Dalam tafsir Ibnu Kathir dinukilkan beberapa pandangan mengenai perhiasan tubuh yang diberi pengecualian antara:

عن ابن عباس: { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } قال: وجهها وكفيها والخاتم
Ibnu Abbas mengatakan antara perhiasan berkenaan ialah wajah , kedua tapak tangan dan cincin.Beliau membawa dalil :

عن عائشة، رضي الله عنها؛ أن أسماء بنت أبي بكر دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم وعليها ثياب رقاق، فأعرض عنها وقال: “يا أسماء، إن المرأة إذا بلغت المحيض لم يصلح أن يُرَى منها إلا هذا” وأشار إلى وجهه وكفيه

Daripada Aishah R.A bahawa Asma’ bte Abu Bakar menemui Nabi SAW dalam keadaan berpakaian agak nipis lantas Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata “wahai Asma’ sesungguhnya apabila sampai peringkat umur baligh , tidak harus dirinya dipandang kecuali ini sambil menunjuk kepada muka dan tapak tangannya.(sunan Abi Daud 4014)

Dalam isu menundukkan pandangan Allah SWT berfirman:

Bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.(Terjemahan ayat 30 surah al-Nur)

Mengikut sebahagian ulama muka dan tapak tangan adalah termasuk dalam perhiasan yang diberi keizinan oleh syara’ untuk didedahkan .Namun falsafah mengapa ia diberi keizinan ialah seperti diungkap oleh al-Hafiz Ibnu Kathir

قال : { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } أي: لا يُظهرْنَ شيئا من الزينة للأجانب، إلا ما لا يمكن إخفاؤه.

“Janganlah mendedahkan perhiasan berkenaan kepada lelaki asing kecuali yang tidak mungkin atau sukar untuk di sembunyikan”

Maka dengan itu , sengaja meletakkan gambar walaupun menutup aurat didalam laman sosial (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri hendaklah dijauhi lebih-lebih jika gambar itu ada unsur tabarruj , aksi yang merangsang dan membawa kepada fitnah yang lebih besar kepada diri sendiri mahupun keluarga .

Kecuali ada maksud tertentu yang diterima oleh shara’ tetapi dengan penampilan yang cukup beradab seperti bersama-sama rakan yang lain dalam sesuatu program atau bersama suami .

Hadith menyebut :

انما الأعمال بالنيات

Hanyasanya amalan itu itu dinilai berdasar kepada niat

Kaidah feqh menyebut :

الأمور بمقاصدها

Sesuatu perkara itu berdasarkan kepada tujuannya.

sekian..(sumber dari:Majlis ulama isma http://muis.ismaweb.net/




read more “:Letak Gambar muslimah di facebook”

Awas!! Lindungi Akaun Anda Daripada Hacker

SUMBER:fB

(Wednesday, December 29, 2010 at 4:03pm
by tze)



Laman web kerajaan Malaysia juga tidak terlepas daripada ancaman hacker. Menurut maklumat, 500 website dari Malaysia telah digodam. Malah, lebih teruk lagi akaun Facebook saya juga telah digodam oleh hacker Indon. Mungkin nasib saya baik semalam, jadi saya dapat balik akaun Facebook tersebut.

Jadi hari ini, saya ingin memberi tips agar anda dapat melindungi akaun anda daripada digodam.

1] Jangan approve seseorang yang anda tidak kenali lebih lebih lagi akaun yang mempunyai friend yang sedikit dan info yang mencurigakan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

2] Jangan sesekali gatal tangan tekan link yang diberikan oleh orang yang tidak dikenali kerana dengan link tersebutlah hacker dapat mencuri password anda. Contohnya seperti ini: Link ini undefined apabila anda tekan, alamat  ip anda akan dihantar ke email saya. Itu hanya ip tak lebih dari itu tapi dengan ip banyak perkara juga saya dapat ketahui.

3] Jangan share password akaun dengan rakan rakan, kekasih mahupun dengan keluarga sendiri, setiap orang mestilah mempunyai privacy dan tak patut kita berkongsi perkara tersebut dengan orang yang kita kenal lebih lagi dengan orang yang kita kenal di laman sosial.

4] Jangan gunakan password yang sama di laman sosial. Jadikan password unik dan tiada kaitan dengan diri anda kerana hacker akan mencuba satu persatu sehingga berjaya.

5] Lindungi email anda kerana jika hacker dapat acces kepada email anda, semua benda yang ada kaitan hacker akan mendapat acces seperti blog, bank account dan sebagainya.

6] Sentiasa double check Url / Address sesuatu laman web jika anda ingin mengisi maklumat maklumat yang penting kerana besar kemungkinan laman web phishing.

7] Gunakan antivirus yang sesuai dan sentiasa update antivirus


ARTIKEL ASAL DAN PENUH DI http://tze.blogspot.com/2010/12/awas-lindungi-akaun-anda-daripada.html






read more “Awas!! Lindungi Akaun Anda Daripada Hacker”

Monday, December 27

Fitrah Yang Menjadi Fitnah

SUMBER:fB

Monday, December 27, 2010 at 2:03pm
Jangan Cemari Cinta Yang Suci



Bercinta dan bercouple tu salah ke?
 Berdosa ke?
 Selalunya saya akan menjawab tidak berdosa malah dalam Islam boleh.
 Terkejut Mahasiswa dan Para pelajar.
 Ya, kita boleh bercinta dan bercouple dan berpasangan. Ini fitrah kita kan. Jiwa kita secara fitrahnya ingin disayangi dan menyayangi.
 Kita boleh bercinta dan bercouple selepas kita berkahwin. Selepas kita mempunyai satu ikatan yang sah. Selepas kita menjalahi satu proses Ijab dan Qabul.
 
Salah Ke Bercinta?
 Hati remaja dan para pelajar selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH SWT kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct.
Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. 
Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. 

 Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak kepada kesalahan yang terlarang. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan! 


Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang aka menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?


Pohon Cinta Terlarang
 Allah SWT kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah peringatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku. Buayafriend dan gelifriend hanyut dibawa perasaan cinta yang palsu dan menipu. Mereka tertipu dengan bayangan watak pasangan masing-masing yang penuh dengan kepura-puraan. Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. 

Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram, bohsia, bohjan, buang bayi lagi.Ketika itu indahkah cinta? Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. 

ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!. 


Soalnya bagaimana? 

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya. 

Sabda Rasulullah saw, 

"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" . * 

Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dengan tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT. 

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka atau kerana ingin mengikut kawan-kawan. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka.Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet, Cinta Kera dan Sebagainya! 

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh," 



Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?  

Inilah yang saya namakan CINTA JAHILIYAH. Berjayanya musuh Islam menyuntik satu fahaman yang salah tentang Cinta. Akhirnya pada hari ini, kita lihatlah fenomena yang menyedihkan.Fenomena yang dahsyat dalam sisa-sisa keruntuhan akhlak anak-anak remaja dan pelajar pada hari ini.
 Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. 

Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu.Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan cinta! 

Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

Oleh : BroHamzah
read more “Fitrah Yang Menjadi Fitnah”

Saturday, December 25

:Ulama Sepakat: Haram Mengucapkan Selamat Natal:

SUMBER:fB

(Saturday, December 25, 2010 at 2:09pm)

Memberi ucapan selamat kepada orang-orang kafir pada hari natal atau hari-hari besar keagamaan mereka lainnya hukumnya haram menurut kesepakatan ulama sebagaimana dinukil oleh Ibnul Qoyyim di dalam kitabnya Ahkam Ahli Adz-Dzimmah. Beliau menulis, ”Adapun memberi ucapan selamat untuk syiar-syiar khusus orang kafir, maka haram hukumnya menurut kesepakatan (ulama). Misalnya memberi ucapan selamat untuk hari-hari besar mereka atau puasa-puasa mereka dengan mengucapkan, ”semoga hari raya kalian diberkati” atau ”selamat hari raya untuk kalian”, dan ucapan semisalnya. Sekalipun pengucapnya bukan orang kafir, tetapi ucapan itu termasuk perkara-perkara yang diharamkan. Hal itu sama saja dengan memberi selamat atas sujud mereka kepada salib, bahkan lebih besar dosanya di sisi Allah subhanahu wa ta’ala dan lebih dibenci oleh-Nya daripada selamat kepada orang yang minum minuman keras, menghilangkan nyawa orang, berzina dan sebagainya.

Banyak orang yang tidak memiliki pengetahuan agama yang baik jatuh ke dalam kesalahan-kesalahan seperti itu dan tidak menyadari kejelekan perbuatannya itu. Barangsiapa memberi ucapan selamat kepada seseorang atas kemaksiatan, bid’ah, atau kekafiran yang telah dilakukannya, maka sungguh dia telah (berani) menantang kemurkaan rnAllah.

Keharaman memberi ucapan selamat kepada orang-orang kafir atas hari-hari besar keagamaan mereka seperti yang disebutkan Ibnul Qoyyim di atas disebabkan di dalam ucapan tersebut terkandung pengakuan dan kerelaan atas syiar-syiar kekafiran yang mereka anut. Kalaupun dia tidak merasa rela dengan kekafiran tersebut untuk dirinya sendiri, namun tetap saja seorang muslim diharamkan merasa rela dengan syiar-syiar kekafiran untuk orang lain atau memberi ucapan selamat kepada orang lain atas syiar-syiar kekafiran tersebut. Hal itu karena Allah subnahahu wa ta’ala tidak rela dengan tindakan seperti itu sebagaimana yang Dia sebutkan dalam firman-Nya berikut:

”Jika kaliannkafir, maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman) kalian dan Dia tidak rela kekafiran bagi hamba-hamba-Nya; dan jika kalian bersyukur, niscaya Dia meridhai kesyukuran kalian itu.” (QS. Az-Zumar: 7).

”Pada hari ini, telah Kusempurnakan untuk kalian agama kalian dan telah Kucukupkan kepada kalian nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam menjadi agama kalian.” (QS. Al-Maidah: 3).


Memberi ucapan selamat kepada orang-orang kafir dalam hal-hal semacam itu adalah haram, baik mereka adalah partnernya (rekannya) dalam pekerjaan atau bukan.

Kemudian, jika mereka memberi ucapan selamat kepada kita pada hari-hari raya mereka, maka kita tidak boleh menjawabnya, karena hari-hari itu bukanlah hari-hari raya agama kita. Juga, karena Allah tidak rela dengan hari-hari raya itu. Karena bisa jadi hari raya itu bid’ah buatan mereka atau memang disyariatkan dalam agama mereka, akan tetapi telah dihapus dengan datangnya agama Islam yang diturunkan oleh Allah kepada Muhammad untuk seluruh manusia. Allah berfirman tentang agama Islam:

”Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima darinya, dan di akhirat kelak dia termasuk orang-orang yang merugi.” (QS Ali Imran: 85).

Memenuhi undangan acara perayaan natal yang mereka selenggarakan adalah haram hukumnya karena hal itu lebih parah daripada sekedar mengucapkan selamat natal kepada mereka, karena berarti dia telah ikut serta dalam acara tersebut.

Kaum muslimin diharamkan juga tasyabbuh (meniru-niru) orang-orang kafir dengan mengadakan acara-acara perayaan hari natal, saling memberi hadiah atau parcel, meliburkan kerja, dan yang semisalnya berdasarkan sabda Nabi shalallahu alaihi wa salam:

”Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (HR Imam Ahmad).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya Iqtidha’ ash-Shirat al-Mustaqim menulis, ”Tindakan menyerupai mereka (orang-orang kafir) dalam berhari raya mengakibatkan mereka bangga dengan kebatilan yang selama ini mereka lakukan. Dan hal itu akan mendorong mereka lebih bersemangat memanfaatkan segala kesempatan yang ada dan merendahkan orang-orang yang lemah.”

Jadi, barangsiapa melakukan hal-hal tersebut berarti dia telah berdosa, baik kelakuannya itu dengan alasan basa-basi, tenggang rasa, sungkan, maupun karena alasan-alasan lainnya. Karena semua itu termasuk sikap mudahanah (mengorbankan agama untuk kepentingan dunia) dalam agama dan termasuk di antara sebab-sebab yang menguatkan dan menumbuhkan kebanggaan orang-orang kafir dengan agama mereka.

Allah-lah yang kita mintai pertolongan-Nya untuk memuliakan kaum muslimin, menganugerahkan kekukuhan dalam beragama, dan menolong mereka menghadapi musuh. Sesungguhnya Dia Maha Kuat dan Maha Perkasa. Wallahu a’lam bish shawab.

Diambil dari: Majalah Fatwa Vol. 02/I/ Syawal 1423 H – 2002 M

read more “:Ulama Sepakat: Haram Mengucapkan Selamat Natal:”

:Haram berpakaian serupai Santa Claus:


http://www.facebook.com/home.php#!/ohmedianetwork
SUMBER: http://www.islamqa.com/id/ref/11427
Bolehkan Menghadiri Peringatan Hari Raya Orang Kristen (natal) dan Mengucapkan Selamat Kepada Mereka?
Apakah boleh menghadiri peringatan Hari Natal dan mengucapkan selamat buat mereka?


Al-Hamdulillah.
Ibnul Qayyim -Rahimahullah-- menyatakan: "Kaum muslimin tidak boleh menghadiri perayaan Hari-hari Raya kaum musyrikin menurut kesepakatan para ulama yang berhak memberikan fatwa. Para ulama fikih dari madzhab yang empat sudah menegaskan hal itu dalam buku-buku mereka. Imam Al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang shahih dari Umar bin Al-Khattab Radhiallahu 'anhu bahwa beliau pernah berkata: "Janganlah menemui orang-orang musyrik di gereja-gereja mereka pada Hari Raya mereka. Karena kemurkaan Allah sedang turun di antara mereka." Umar juga pernah berkata: "Jauhilah musuh-musuh Allah itu pada Hari Raya mereka." Imam Al-Baihaqi juga meriwayatkan dengan sanad yang bagus dari Abdullah bin Amru Radhiallahu 'anhuma beliau pernah berkata: "Barangsiapa lewat di negeri non Arab, lalu mereka sedang merayakan Hari Nairuz dan festival keagamaan mereka, lalu ia meniru mereka hingga mati, maka demikianlah ia dibangkitkan bersama mereka di Hari Kiamat nanti." (Lihat Ahkaahu Ahlidz Dzimmah I : 723-724).
Adapun memberi ucapan selamat buat mereka, telah dijelaskan dalam jawaban terdahulu soal no. 947. Hendaknya si penanya merujuk kepada jawaban itu.
Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid

read more “:Haram berpakaian serupai Santa Claus:”

:MENJAUHI SIFAT SOMBONG:

SUMBER:fB

(Saturday, December 25, 2010 at 12:30am)
by Nurliyana Omar 

Bismillahhirrahmannirrahim..

Panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong:

Hayatilah azan kerana di sana terdapat cara-cara untuk berjaya. Beberapa panduan Imam AL-Ghazali  supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1.  Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2.  Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3.  Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4.  Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5.  Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6.  Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosa mereka akan diampunkan oleh Allah.


Wallahualam..

Sekadar renungan untuk muhasabah diri bersama

Sumber: Akhbar 'Hakiki'
read more “:MENJAUHI SIFAT SOMBONG:”

:Potong kuku:

 
 
 
 SUMBER:fB
 
 

 
A person must cut his/her nails regularly (Sahih Muslim)

One should start cutting nails from the right side (Sahih Bukhari & Muslim)
 
 (ptong kuku cm nie..bru btl...)..:)
read more “:Potong kuku:”

Friday, December 24

:Saya Mahukan Wanita Solehah..(Muhasabah):

SUMBER:fB

(Tuesday, December 21, 2010 at 12:45pm)

“Saya mahukan wanita solehah, bu. Saya harap bu dapat carikan saya seorang wanita solehah yang akan mendampingi hidup saya, menghirup kesusahan dan kesenangan bersama saya,” bilang saya pada ibu saya satu ketika. Masing-masing mempunyai definisi tersendiri tentang wanita solehah, saya juga tidak terlepas. Seperti itu jugalah setiap orang mempunyai definisi citarasa tersendiri tentang kecantikan. Yang pasti, lelaki mahukan wanita yang solehah yang mampu menempuh kehidupan bersama dan begitulah sebaliknya. Solehah itu bukan pada nama atau rupa, tetapi hati dan budi.

Solehah itu bukannya nampak pada mata tetapi nur dan sinarnya tersimbah di wajah. Yang solehah, pasti akan ternampak pada wajahnya lambang kesolehan. Tidakkah benar pernyataan saya?. Tidak usahlah kita susah-susah dan payah-payah mencari definisi huruf demi huruf untuk menarik perhatian. S untuk Solehah. O untuk Obama. L untuk Lembut, bukannya lembu. H untuk Hembusan Kewangian. A untuk Agama dan H untuk Hantu. Usah didefinisikan sebegitu. Ia bukanlah satu perkara yang menarik pun. 

Yang jelasnya, solehah ialah satu simbolik kepada seorang wanita yang mencurahkan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya sepenuh hati. Perasaan keimanan itu menyeluruhi seluruh ruang hidupnya sehingga meletakkan ia dalam ruang ketaqwaan dan peribadatan yang hakiki. Tanda solehah itu ada beberapa antaranya: 





1) Menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaan. Antara petandanya ialah, mereka selera beribadat dan mereka tidak menghalang suami mereka daripada menjalankan gerak kerja dakwah meskipun menyempitkan ruang untuk bersama. 

2) Mentaati suami dengan mengasihinya segenap perasaan, menasihatinya jika tersilap dengan penuh kebijaksanaan, mendokong suaminya serta sentiasa memberikan motivasi selain mengingati perkara-perkara penting dalam kehidupan suaminya seperti tarikh lahir.
 3) Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resepi kejayaan rumah tangga. 

4) Meletakkan nawaitu untuk melahirkan anak yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami. Disebabkan itulah pemimpin Palestin menyebut, “Kekuatan kami ialah rahim-rahim isteri kami”. 

“Macam mana kamu nak orang solehah sedangkan kamu kerja pun tak ada. Ada ke orang nak kat kamu yang kerja takde ni?” tanya ibu, sinis sekali. Saya terpukul dan membantutkan hujjah saya buat seketika. Namun hanya seketika. Saya menerawang berfikir. Ibu seorang kakitangan kerajaan. Mungkin sejak saya dalam kandungan lagi ibu berpesan sambil mengusap perut, “Ngah, bila besar nanti, kena kerja kerajaan”. Aduh, berat sekali untuk berdepan dengan kehendak ibu yang mendesak sebegitu. “Nanti tok Qadhi tanya kerja apa, ha..nak kahwin macam mana?” Begitulah bilang ibu. 






Saya mencari-cari. Mengintai-intai mana-mana muslimat yang kuat. Ada yang mahukan suami yang pandai buat roti canai. Ada yang mahu suami yang kerja tetap. Ada yang mahu menurut kehendak ibu bapa sahaja. Ada yang mahu senegeri. Ada yang mahu sebaya, tidak kurang juga yang mahukan yang lebih tua. Ada yang mahu suami yang prihatin dan mengambil berat. Ada yang mahukan keromantikan. “Ada tak yang mahu orang yang tidak bekerja dengan kerajaan macam ana?” tanya saya kepada seorang sahabat akhawat satu ketika. “Jadi, ustaz kerja apa? Takkan nak bagi dia makan pasir?”Tanya balik akhawat tersebut. Ish, banyak songeh betul. Orang tanya, bukan nak jawab.

Dipukulnya pula saya dengan persoalan itu. Aduh, peritnya. “Ustazah, ana meniaga,” balas ana balik. “Ustaz meniaga apa? Miskin je nampak,” Ish, budak ni. Memang nak kena. Aku luku sekali baru tahu. Kata saya dalam hati. "Awat ustazah banyak sangat tanya ni ? Ke ustazah yang nak kat ana ?” Saya bagi buah kilas sekali. Terus dia terdiam dan, dot, dot, doooot. Fuh, malu la tu. Gerutu hati saya. 

Saya berniaga dengan Allah. Biarlah Allah yang membalas segala usaha saya. Saya tidak gemar bekerja dengan manusia yang banyak protokolnya. Saya bukan semacam ibu. Malah saya berbeza dengan kakak Sarah yang rajin bekerja. Adik-adik saya sinis berkata, “Ada orang tu, dapat kerja tapi tolak, kuikui,”. Apapun, saya masih mengembara mencari wanita solehah. Yang sanggup menghirup kesusahan bersama saya, terbang mencari ampunan Illahi melalui gerak kerja Islam. Ahhh..saya mahukan wanita solehah, tolonglah! Kenapa saya mahukan wanita solehah? Kerana saya mahukan hidup saya bahagia. Saya tidak pentingkan yang romantik kerana cukuplah saya yang romantik. Saya tidak mahukan yang kaya-raya kerana saya sudah terbiasa dengan kesusahan. Saya hanya mahukan Solehah. Ops.. maaf tersilap. Bukan saya mahukan Solehah tetapi mahukan yang solehah.....

“Ustaz Mi, bagaimana caranya mahu mendapatkan wanita solehah. Saya ingin menjadikannya teman berbicara tentang ilmu, teman seperibadatan, teman yang berkongsi perasaan dan permasalahan. Bagaimana caranya Ustaz Mi?” tanya saya kepada sahabat saya Azmi satu ketika. Walhal, Azmi sendiri teraba-raba mencari wanita solehah.“Enta ni Dzul. Enta nak orang solehah, tapi enta pula entah apa-apa. Macam mana enta nak orang solehah kalau macam ni?” Aduh, saya terpukul sehingga kelebam-lebaman dibuatnya.



read more “:Saya Mahukan Wanita Solehah..(Muhasabah):”

..aku sayang kau..

SUMBER:fB

(on Friday, December 24, 2010 at 2:42pm)



Erm..
Aku nak citer sesuatu ni,,
Ko jgn marah ea..
Ko igt  tak, dulu kite rapat tau..
sbb kite kan 1 class...
Kau slalu senyum kat aku, aku pun slalu snyum kat kau..
Kau slalu toleh kat aku, pandang2 la..kekadang aku pelik gak, kau ni sihat tak? Huhu..
Tapi..sebenarnye aku hepi, dpt perhatian..
Kalau kau ade masalah, kau slalu citer kat aku..
Aku try jd pendengar yg setia..
Tp bile aku ade masalah, kekadang je aku citer kat kau..
Kau tau tak knape?
Sebab aku taknak susahkan kau fikir masalah aku..
Maafkan aku kalau kau terase..
Aku sayang kau,,
Kadang2, kalau kau nak g mane2, kau ajak aku..
Tp besenye aku tak ikut..
Kau tau tak knape?
Selain pg tandas, slalunye kau ajak aku pg kelas sbelah..
Aku kan pemalu, aku tak suke singgah kelas org..
Maafkan aku kalau kau kecewa..
Aku sayang kau,,
Kalau ade mase lapang, kau suke borak dgn aku..
Tp kite borak pasal benda baik..
Kadang2 kite borak pasal agama n kehidupan..
Tp, aku tak pernah ajak kau study same2..
Aku lg suke study ngan org lain..
Kau tau tak knape?
Sbb aku malu, aku tak pandai..
Aku tak nak kau pening kpale ajar aku
Maafkan aku kalau kau kecik ati..
Aku sayang kau,,
Hari2, ade je benda kau nak cakap kat aku..
Kau suke gurau dgn aku..
Tp kadang2 aku tak pandai nak layan..
Kau tau tak knape?
Sbenarnye, aku mmg jenis tak byk cakap..
Aku byk cakap pd mase2 tertentu je..
Maafkan aku kalau kau marah..
Aku sayang kau,,
Kadang2, byk pulak benda aku nak ckp kat kau
Pasal tu la, pasal ni la..
Kau tau tak knape?
Sbb aku takde kawan baik
Aku kekok nk citer kat sape2 slain kau
Maafkan aku kalau kau rimas..
Aku sayang kau,,
Biler kite rapat sgt, aku tak sedap hati..
Aku cube elak rapat sgt dgn kau..
Kau tau knape?
Sbb kau dah ade best friend
Aku nak sgt jd kwn baik kau..
Tp, aku tak nak dia jeles dgn kite
Aku tak nak dia anggap aku rampas best friend dia..
Maafkan aku kalau kau salah faham..
Aku sayang kau,,  
Dulu..
aku slalu doa..
Kau ngan aku tetap same2..
Kawan sampai biler2..
Tapi..
kau dh brubah sekarang..
Kau jarang senyum kat aku..
Kau tak suke pandang aku..
Kau dh tak citer problem kau lg kat aku..
Kau dh taknak borak ngan aku..
Kau dah rapat dgn org lain..
Kenape.....
Aku memang sedar dri dulu..
Aku tak cantik cam kau,
Aku tak pandai cam kau,
Aku tak suke bergaul cam kau,
Aku memang tak layak kawan dgn kau kan..
Entahla..aku tak tau knape aku asyik ingat kat kau
Aku sayang kau..
Sayang aku ni takde makne utk kau kan..?
Kau tau tak, hari tu aku dgr lagu teman sejati..
Aku nangis..
Aku tringat2 kat kau..
Aku rindu mse kite same2 dulu..
Aku sedih sgt...
Malam ni..
Aku tak bleh tido..
Aku asik igt kat kau je..
Aku nangis lagi..
Aku nak kau tau,
Aku tetap sayang kau..
Walaupun kau wat aku cam ni..
Aku takkan lupe knangan manis kite
Waktu tangan aku ni tepuk2 bahu kau time kau sedih
Waktu kaki aku berjalan kesana kemari temankan kau pg mane2
Waktu mulut aku yg tak henti2 senyum time kau pandang aku
Waktu mate aku pandang kau dgn kasih sayang
Waktu telinga aku dgr segale luahan hati kau
Aku sanggup hilang tangan, kaki, mulut, mate, telinga
Kalau tu sume boleh ditukar ganti dgn persahabatan kite..
Aku takkan mintak balasan utk sume tu..
Aku redha,,
Mungkin aku bukan yg terbaik utk kau..
Tp, aku nak kau tau..
Aku dah cbe jd yg terbaik..
Aku janji..
Aku takkan kacau kau lg..
Biarlah aku sedih sorang2..
Aku tak bleh mengadu kat kau lg..
Tp aku bleh mngadu pd Allah..
Maafkan aku kalau aku ade dose dgn kau..
Moge kau bahagia..
  

 
>Aku..
2.10 a.m
16 November 2010


(sob2...huh!cdyh....:(...SAYA syg bFF sY....(tbe2)..hO3~)
read more “..aku sayang kau..”
Large Grey Polka Dot Pointer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...