SUMBER:
https://ummuayman.wordpress.com/2009/11/10/bunga-cengkih-halau-lalat/:November 10, 2009 at 12:48 pm         (Petua Dapur)           
>Tajuk mcm lawak je...hu3...
tpi..mmg x ske ble tgh mkn ade plak llat......kcau konsentrasi nk mkn..:)
Petua 1 :
Ambil beberapa kuntum  bunga cengkih masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan  ia terdedah di ruang dapur anda. InsyaAllah, lalat-lalat yang  berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.
Petua 2:
Ambil secekak daun kari,  kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan  daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan.  Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.
Petua 3:
Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yangs edang berada di meja makan anda.

Petua 4:
Ambil sedikit cecair  peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air.  Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja  makan, kabinet , dapur memasak adn tempat-tempat lain yang anda rasa  perlu. Insyaallah, lalat pasti akan berkurangan..
Petua 5:
Ambil dua batang lilin dan  nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat  meletak hidangan. InsyaAllah lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.





No comments:
Post a Comment