SUMBER:FB
:Layakkah Aku Impikan Mujahid?? ( Keluhan Seorang Muslimah )
by Abu Hanifah on Tuesday, December 21, 2010 at 1:55pm:
Terkadang   hati ini tertanya-tanya, siapakah pendamping hidupku kelak? Siapakah   mujahid yang bakal menjadi imam pada setiap solatku? Resah gelisah hati   menunggu, mengira setiap detik dan waktu, adakah impian ini akan  menjadi  kenyataan? Bersama-sama si mujahid, menemaninya dalam  perjuangannya. Doaku padaNya “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu  yang soleh  sebagai nakhoda duniaku, agar dia dapat melayar dan  membimbing hidupku  menuju syurgaMu…” 
Arghh..apakah aku terlalu bercita-cita? Layakkah diri ini mengimpikan seorang mujahid sedang diri bukanlah seorang mujahidah? Bukan jua impian sang mujahid. Ya Allah, aku lupa.. seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban untuk menegakkan Deen-ul-haqq. Tapi, sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yang telah sarat dengan cintanya kepada yang lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkan tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskan si mujahid pergi sedangkan hati ini tahu si mujahid yang teramat dicintai mungkin akan keguguran di medan juang??..

Mampukah   aku mengingatkan si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari   cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut   malah lebih melemaskan lagi si mujahid dengan cinta duniawi?? Ya Allah,   akukah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya   yang dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya??? Oh tidak!! Aku tidak mahu   menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih   besar…tanggungjawabnya untuk Ad-Deen ini. 
Ah..sudahlah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu… Masanya belum tiba untuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya. Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yang perlu kau raih. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan?? Tapi kau masih terlau rapuh untuk menghadapinya…kau perlu tabah!! Dan aku tahu, kau tak mampu untuk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati, bersabarlah… perjalanan kita masih jauh. Bersabarlah…teruskan doamu..

Pesanan Buat Diri Ini Dan Kalian Semua.....
Jika   mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si  Soleh,  tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang   solehah,janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah,tetapi berusahalah   menJADI yang soleh.Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum   tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah…
kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu)mengenalinya.Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI..

2 comments:
SUbhanallah...Note sejuta hikmah,smogah bsa mnjdi penmbah spirit para Mujahid /Mujahida dlm mnggapi kridaanNya...
"Wanita-wanita yang keji untuk laki-laki yang keji. Dan laki-laki yang keji untuk wanita-wanita yang keji pula. Wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik. Dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik pula"
(QS. An Nur: 26)
"dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shaleha"(HR:MUSLIM)
>Aminnnnn..:)
Post a Comment