SUMBER:
http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1346-cinta-facebook.htmlKata kakakku, "Ujian penuntut ilmu: Kewangan, malas, syahwat (rindu dan cinta), sahabat dan persekitaran."
Saya akui, sebagai penuntut ilmu atau mahasiswa, lima perkara   tersebut  merupakan masalah utama bagi setiap pelajar! Saya yakin anda   mengakuinya  juga.
Namun, bagi penuntut di Mesir, kewangan  bukanlah masalah utama  kerana  wang zakat melimpah-ruah di sini. Negara  kaya seperti Kuwait  dan Brunei  selalu memberikan sumbangan kepada  mereka yang sedang  berjihad ini.
Tetapi, empat masalah yang lain terus membelengu para penuntut.
Masalah  ke-2, MALAS! Musim sejuk adalah musim yang paling agak malas  di  sini.  Kerana mahasiswa agak selesa di sebalik selimut tanpa mandi    berhari-hari.
Putik-putik Cinta di Facebook
Saya sebagai seorang pemuda, sering menerima pop-up chat dari orang  yang tidak dikenali. Dan kebanyakanya daripada perempuan.
Adakah itu  normal seperti yang diutarakan sahabat saya. Beliau   bertanya di laman Facebook "says; is it normal, if wall perempuan mesti   penuh dengan kawan lelaki, and vice versa?"
Apa pendapat anda?
Saya  akui, saya sering 'jual mahal' dengan ajakan berborak melalu   Facebook  walaupun kadang-kadang tersungkur di tengah jalan. Kerana saya  tekad  untuk tidak chat sesuka hati bila saya sudah mempunyai  orang  yang saya berhajat denganya untuk melengkapkan iman saya.
Terutama  bila sedang dalam menuntut ilmu, maka saya tidak mahu   hidup saya  terganggu dengan perkara-perkara yang termasuk dalam  ikhtilat  diluar  syarie.
Bukan Cinta Jika Asasnya Facebook
Saya  hairan bila mana ada orang merendahkan martabat cinta dengan    menjualnya di Facebook. Dalam erti kata lain, "Saya boleh menerima cinta   di  Facebook".
Ini mungkin berlaku bila seseorang yang sudah  putus cinta   mengwar-warkan  perasaan benci dan kesalnya terhadap cinta  yang   berputik terhadap seseorang. Status in relationship bertukar kepada  single.
Lalu  wujud seorang lelaki yang menawarkan diri untuk  mendengar  masalah  wanita tersebut. Dan memberi pandangan hanya  berdasarkan minda  yang  mengharapkan dosa pada masa akan datang. Ini  padahnya bila  meluahkan  perasaan melalui Facebook.
Kadang-kadang bila yang memberikan pandangan berwajah kurang   handsome, si wanita akan berkata, "Sibuk je nak tahu pasal orang".   Namun bila mana yang menanyakan soalan agak handsome, dengan sendiri   dia akan merendahkan martabat diri dengan membuka aib sendiri.
Nilai Harga Diri
Adakah  begitu rendah  martabat cinta kita terhadap orang yang harus  dinikahi  sehinggakan  kita boleh bercinta sekadar melihat wajah  seseorang di  Facebook atau  bermula dengan pop-up chat di Facebook?
Namun  bila kita berjumpa,  terkejut melihat wajahnya yang ternyata  bukan  pilihan hati kita. Terus  cinta yang berputik di Facebook hilang  begitu  sahaja. Adakah itu cinta?
Banyak artikel yang menerangkan  mengenai ikhtilat diluar syarie.  Anda seorang yang berakal, maka nilai  setinggi mana nilai diri anda.
Seperti kata-kata Hilal Asyraf, beliau menyatakan di  dalam blognya, "Cinta tidak buta".
Martabat  cinta begitu tinggi. Jangan rendahkannya sehingga menilai  ia  buta.  Saya memberi contoh, jika anda mencintai seseorang kerana   agamanya,  adakah bila agama  orang tersebut hilang selepas anda  mencintainya,  adakah anda akan terus  mencintainya?
Namun, jika anda tidak  menganggap cinta itu buta, anda mencintai  seseorang  kerana agamanya,  maka cinta anda kepadanya akan bertambah  dan berkurang  sepertimana  bertambah dan berkurangnya agamanya.
Atas dasar itu cinta kerana agamanya diperkuatkan lagi dengan hadis yang bermaksud:
"Apabila  datang kepada kalian orang yang kalian redha agamanya dan  akhlaknya  (untuk meminang anda atau wanita dibawah tanggungan anda)  maka  nikahlahilah lelaki tersebut. Kalau kalian tidak melakukan hal  tersebut  nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan terjadi kerosakan  yang  merata".
[HR Tarmizi & Ibn Majjah]
Penutup
Niat saya menulis post ini adalah untuk menyedarkan orang yang saya   cintai bahawa bukan cinta  jika asasnya Facebook dan nilai diri anda   wahai cintaku.
Saya mengharapkan juga dengan post ini saya dan anda menjadi lebih  baik  dari sebelum ini. Jika anda sudah  terlajak bercinta di Facebook,  maka  cepat-cepat betulkan cinta anda.
Jangan  cepat menjual maruah. Semoga post kali ini membuatkan anda  dan  saya  lebih baik selepas ini bersama-sama mengejar redha Allah SWT  dan  cinta  keranya-Nya. Insya Allah!
Salam Ingatan dari saya
Kaherah, Mesir
11.24 am 02 November 2010
11.24 am 02 November 2010

No comments:
Post a Comment