Pages

Grab A Button


Saturday, December 31

Last entry (2011) | edisi | : RINDU 6BE & 6AB





Rapatkan telinga kita ke mana² jam di rumah kita,

jam dinding,
jam tangan,
jam loceng meja,

Sekalipun bunyi gerakan detik jarumnya sayup² kelemahan, namun seolah² ketajaman memberitahu kita,

"USIA KITA SEMAKIN MENINGKAT DAN DIRI KITA DENGAN LIANG LAHAD SEMAKIN DEKAT..."





copy ayat ni dekat page  ( Islam-Always-In-My-heart )



===========================================================



Ok.Tak sampai sejam je lagi dah nak masuk tahun 2012..
Kejap je masa berlalu..Pejam celik-pejam celik dah nak meningkat ke usia 20 tahun.
Dah tak de usia BELASAN tahun dah.
(mak kate mak dah ade anak sorang dah mase umur 20 tahun,nak kawen gak la*mengade gile*)



Semangat letak Si  Comel ni :D




Macam-macam perkara yang jadi sepanjang tahun ni..
Suka,duka,best,tak best..macam-macam lagi la..

Dan yang paling tak bestnya..meninggalkan zaman persekolahan yang mengukir 1001 kenangan dalam hidup saya..
Dikelilingi dengan rakan-rakan yang sporting,baik,happening sangat-sangat bila ade kat kelas..
Alahai..Rindu diorang..  




tib-tiba jadi senget :D
6AB with Cikgu Megat Yusuf yang baik sangat-sangat 



===========================================================
RINDU..


 Rindu nak drawing & kelam kabut siapkan kerja kursus sambil dengar radio kat bilik Seni.












Rindu nak makan sama-sama kat kantin & buat jamuan setiap hari Khamis/Jumaat kat kelas. 




Rindu nak pakai baju sekolah,baju Pengakap,baju Batik.










 Rindu nak gelak-gelak,sembang-sembang (gosip-gosip)  dengan diorang.




 Rindu semuanya !



Nanti-nanti nak buat entry-entry pasal kenangan terindah kat sekolah.
Ok tu je yang sempat ditaip..
lagi 5 minit je lagi ni..


YANG MENAIP
Syiemashe Hashim





read more “Last entry (2011) | edisi | : RINDU 6BE & 6AB”

Thursday, December 29

♥ 37 Tahun Sayang-Menyayang ♥ :D

Meng'Google' jumpe pulak pic ni~huhu





Happy 37th Anniversary -> Encik Mohamed Hashim + Puan Salbiah  :D

  AYAH + EMAK  yang tersayang 


P/s | Lambat update pasal anniversary Emak ngan Ayah.Ni semua gara-gara bekalan api elektrik yang tak de selama 24jam ++ iaitu hari Isnin 26/12-27/12..(sabar jela)


Ok.Anniversary  Encik Mohamed Hashim + Puan Salbiah ni jatuh bersamaan 
dengan 24 Disember 1974.

Dah lame kan? 37tahun~


37 tahun emak ngan ayah hidup bersama-sama menghadapi segala suka-duka disamping berkorban untuk membesarkan kami 5 beradik..






SAYANG Emak ngan AYAH sangat-sangat...




Ni ape yang saya update kat FB |




Sedikit Info tentang  Encik Mohamed Hashim + Puan Salbiah |



 Calling each other "Kite-Awak"

 Umur Ayah = 61 tahun.
Umur Emak=57 tahun

 Comel + SWEET sangat-sangat 
dari dulu sampai la sekarang.



Ni sekitar Majlis menyambut menantu
Anniversary emak ngan ayah..





Kek comel + sedap sangat-sangat..
Mekaseh ye akak..

| IKLAN |
( kalau nak order kek boleh la contact akak ni kat FB )

ok..tu je yang rajin ditaip..



Assalamualaikum 




YANG MENAIP
Syiemashe Hashim


read more “♥ 37 Tahun Sayang-Menyayang ♥ :D”

Friday, December 23

Ber 'TWITTER' pula~ Edisi-> LUPA Password :3

===============================================================












===============================================================




Twitter dah berzaman-zaman buat.
Tapi,lupa password..
nampak sangat dah tua~  hoho~
Banyak  password kena ingat ->FB,Blog,Tumblr dll ~ :3


So,hari ni buat password baru yang panjang sangat-sangat~
Ciss~macam la ada orang nak follow~   




*Okbai~




(nak pegi Konsert MAHER ZAIN kat Ipoh esok~
tapi,mak ayah tak nak pegi~ )
*sedih~kbai 




YANG MENAIP
Syiemashe Hashim

read more “Ber 'TWITTER' pula~ Edisi-> LUPA Password :3”

Wednesday, December 21

SAYA PUN NAK BER 'WORDLESS WEDNESDAY ' #7 ♥ Biar sendiri hingga hujung nyawa,Asal tak sepi dari kasih-Nya, Kerna sesungguhnya hakikat cinta, Hanya Dia yang Esa ♥





♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥













♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥




 :)

http://www.youtube.com/watch?v=nxcAOSAyJ_Y
http://www.liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/2647/unic-atas-nama-cinta.html
read more “SAYA PUN NAK BER 'WORDLESS WEDNESDAY ' #7 ♥ Biar sendiri hingga hujung nyawa,Asal tak sepi dari kasih-Nya, Kerna sesungguhnya hakikat cinta, Hanya Dia yang Esa ♥”

Monday, December 19

Finding the Girl - A Homemade Islamic cartoon about a young Muslim man's search for a spouse:)




===============================================================










Tengok la mende ni
BEST !


*okbai~  













YANG
MALAS
MENAIP
Syiemashe Hashim 




read more “Finding the Girl - A Homemade Islamic cartoon about a young Muslim man's search for a spouse:)”

Wednesday, November 23

SAYA PUN NAK BER 'WORDLESS WEDNESDAY ' #6 "PENIPUAN SEMASA PEPERIKSAAN AKAN MENGAKIBATKAN SEGALA USAHA ANDA MENJADI SIA-SIA"

===============================================================








SLIP MEJA O.o~




Doakan saya dapat buat yang TERBAIK ye~
ehee~ :D

(G.luck Mr.Secret,candidates STPM & SPM)






===============================================================




YANG MENAIP

SyiemasheHashim

                                                                                                                                                                   


*Okbai~

read more “SAYA PUN NAK BER 'WORDLESS WEDNESDAY ' #6 "PENIPUAN SEMASA PEPERIKSAAN AKAN MENGAKIBATKAN SEGALA USAHA ANDA MENJADI SIA-SIA"”

Sunday, November 13

(JOM PERBAIKI DIRI) *6* => :Himpunan doa dan zikir dari Al-Quran dan As-Sunnah, Doa-doa pilihan, Kelebihan berselawat, Kelebihan Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir,Bacaan doa tertentu, Istighfar dan taubat, Adab dan kebaikan~ (:

*TajukEntryPanjangYangAmatSangat*


BLOG ni best + banyak maklumat yang  boleh kita  perolehi & pelajari   :)










http://doaharian.blogspot.com/






Antara maklumat yang ada :

*Himpunan Doa
*Video
*Artikel
*Adab
*Ebook
*Buku Terkini
*
Bacaan Al-Quran 30 Juzuk, 114 Surah.*Dan banyak lagi  :)






===============================================================

P/s : Jom jenguk blog ni  :)


===============================================================

P/s 2 : exam nak dekat da~  =___= " 
Doakan saya :)

(G.luck Mr.Secret,candidates STPM & SPM)

===============================================================




YANG MENAIP
Syiemashe Hashim




read more “(JOM PERBAIKI DIRI) *6* => :Himpunan doa dan zikir dari Al-Quran dan As-Sunnah, Doa-doa pilihan, Kelebihan berselawat, Kelebihan Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir,Bacaan doa tertentu, Istighfar dan taubat, Adab dan kebaikan~ (:”

Friday, November 4

(JOM PERBAIKI DIRI) *5* => ‎6 Cara Membuat Pahala Melalui Facebook~ :D





===============================================================


Di mana ada laptop dan internet, di situ ada Facebook. Begitulah hebatnya fenomena Facebook yang melanda dunia hari ini. Beberapa tahun lepas sewaktu saya mula-mula mendaftar akaun Facebook, bukan main payah untuk mencari kawan-kawan yang ada akaun facebook untuk saya add sebagai friend. Hari ini, orang yang tidak dikenali pun, yang sesetengahnya entah dari benua mana add saya sebagai friend. Dua tahun dahulu, hanya kelompok pelajar atau orang muda yang kebanyakannya membuka akaun facebook. Hari ini, dari kanak-kanak berumur 1 hari, hingga seorang datuk yang sudah bercucu-cicit mempunyai akaun facebook.




Saya masih ingat ada satu ketika, terdapat cubaan dari sesetengah orang Islam ingin memulaukan laman sosial Facebook kerana selain ia adalah ciptaan seorang bukan Islam, ia banyak membawa kelalaian kepada umat. Beberapa laman sosial yang agak Islamik diwujudkan. Namun mungkin kerana kurang daya tarikan, ia kurang mendapat sambutan dan akhirnya berkubur begitu sahaja. Facebook juga yang menjadi pujaan hati orang-orang Islam. Yang jelasnya, buat masa sekarang Facebook sudah menjadi kegilaan ramai orang termasuk umat Islam.





Tidak kisahlah ia ciptaan siapa, alangkah baik dan beruntungnya jika seseorang Muslim dapat menjana PAHALA mudah dengan kemudahan laman sosial ini. Sekurang-kurangnya daripada 3-4 jam seseorang menghadap Facebook dalam satu hari, ada juga pahala yang tercatit di buku amalan, yang diharapkan dapat meneutralkan balik dosa-dosa yang terhasil disebabkan Facebook.





Beberapa amalan MUDAH dan MAMPU dibuat oleh sesiapa sahaja untuk menjana kebaikan dan pahala melalui Facebook adalah seperti berikut:





1. Update status anda dengan pengisian yang bermanfaat. Contohnya, menulis di status anda beberapa potong maksud ayat al-Quran, hadith, kata-kata salaf, yang anda rasakan ia akan memberi kesan kepada orang yang membacanya. Jika anda mempunyai 1000 friends, andaikata hanya 10% yang membacanya, ada sudah dikira menyebarkan kebaikan kepada 100 orang dengan cara yang cukup mudah. Jika daripada 100 orang yang membacanya, hanya 10% yang terkesan dan mengamalkan kandungan status anda, anda sudah dikira menjadi PENYEBAB kebaikan kepada 10 orang, dengan cara yang tidak disangka-sangka.





TAPI AWAS, jangan terlalu boros dalam membuat pengisian, nanti friends anda akan boring membaca status anda, kerana sudah menjadi tabiat manusia cepat boring dan jemu dengan perkara yang berterusan dan sekata. Pilihlah pengisian yang betul-betul berkualiti dan berkesan. Dan variasikan ia samada dengan tulisan, gambar, video, dan lain-lain.





2. Jika anda terbaca status orang lain yang sangat bermanfaat dan boleh memberi kesan kepada orang lain, apa salahnya anda sebarkan status tersebut. Gunakan kemudahan SHARE untuk tujuan perkongsian, atau COPY PASTE sahaja apa yang anda ingin kongsikan dengan friends anda. Lebih-lebih lagi, bagi pemegang akaun Facebook yang mempunyai list friends yang ramai, boleh membantu menyebarkan kebaikan yang ada pada status seseorang yang mempunyai bilangan friends yang ciput. Mudah-mudahan termasuk dalam bekerjasama dalam dakwah.








3. Anda yang mempunyai maklumat tentang program-program ilmu (yang real punya), bolehlah mengiklankan program tersebut di laman Facebook masing-masing dengan memberikan tajuk, nama penceramah, dan jadual pengajian. Manalah tahu, ada kalangan friends kita yang tinggal berhampiran dengan lokasi dan mempunyai kelapangan, boleh mengambil faedah dari majlis-majlis yang berkat.





4. Atas semangat silaturrahim dan atas kesedaran betapa besarnya kewajipan mengeratkan silaturrahim, alangkah baiknya jika setiap kelurga mempunyai group tersendiri yang boleh menghimpunkan segala suku-sakatnya. Dalam group seperti ini, banyak kebaikan dapat dibuat, contohnya bertanya khabar antara ahli keluarga, mengupdate berita-berita keluarga, menyelesaikan permasalahan ahli keluarga secara tertutup dan macam-macam. Walaupun perkara kecil, namun siapa sangka dengan semangat silaturrahim, Allah Taala akan memberkati hidup seseorang.







5. Jika anda mempunyai komen bernas dan bernilai terhadap sesuatu kandungan status orang lain, lakukanlah dengan penuh adab dan sopan seolah-olah anda sedang bercakap dengannya. Mungkin anda yang berpengetahuan tinggi boleh membuat penambahan maklumat, pembetulan kesilapan, pencerahan terhadap kekeliruan, dan lain-lain. Malahan, mungkin komen-komen untuk tujuan tersebut boleh sampai ke tahap fardhu kifayah jika di sana terdapat keperluan mendesak dari sudut Syarak, dan tiada yang boleh melakukannya kecuali anda.







6. Jika mereka yang mempunyai kemusykilan agama, boleh juga menggunakaan laman Facebook sebagai tempat perbincangan. Tulislah soalan anda, dan tag kan ustaz-ustaz Facebook yang dipercayai dan mempunyai masa untuk melayan soalan anda. Mudah-mudahan, ini sebagai satu cara melaksanakan arahan Tuhan supaya bertanya kepada ahli ilmu dalam perkara-perkara yang tidak diketahui.








Semoga dengan melakukan perkara-perkara kecil di atas ketika melayari Facebook, akan ada insan-insan yang beroleh kebaikan dari dakwah kita, akan ada pahala-pahala tercatat di buku amalan baik kita, akan ada dosa-dosa dihapuskan dari buku amalan jahat kita. Mudah-mudahan Facebook yang dicipta oleh seorang bukan Muslim menjadi satu sebab kebaikan kepada seseorang Muslim.



~Abu Umair~



===============================================================



Copy | 


P/s | Dah lame tak copy paste~hoho
RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL~ (;
huhu~


YANG MENG 'COPY PASTE'
SYIEMASHE HASHIM





read more “(JOM PERBAIKI DIRI) *5* => ‎6 Cara Membuat Pahala Melalui Facebook~ :D”
Large Grey Polka Dot Pointer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...