Pages

Grab A Button


Wednesday, December 29

Awas!! Lindungi Akaun Anda Daripada Hacker

SUMBER:fB

(Wednesday, December 29, 2010 at 4:03pm
by tze)



Laman web kerajaan Malaysia juga tidak terlepas daripada ancaman hacker. Menurut maklumat, 500 website dari Malaysia telah digodam. Malah, lebih teruk lagi akaun Facebook saya juga telah digodam oleh hacker Indon. Mungkin nasib saya baik semalam, jadi saya dapat balik akaun Facebook tersebut.

Jadi hari ini, saya ingin memberi tips agar anda dapat melindungi akaun anda daripada digodam.

1] Jangan approve seseorang yang anda tidak kenali lebih lebih lagi akaun yang mempunyai friend yang sedikit dan info yang mencurigakan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

2] Jangan sesekali gatal tangan tekan link yang diberikan oleh orang yang tidak dikenali kerana dengan link tersebutlah hacker dapat mencuri password anda. Contohnya seperti ini: Link ini undefined apabila anda tekan, alamat  ip anda akan dihantar ke email saya. Itu hanya ip tak lebih dari itu tapi dengan ip banyak perkara juga saya dapat ketahui.

3] Jangan share password akaun dengan rakan rakan, kekasih mahupun dengan keluarga sendiri, setiap orang mestilah mempunyai privacy dan tak patut kita berkongsi perkara tersebut dengan orang yang kita kenal lebih lagi dengan orang yang kita kenal di laman sosial.

4] Jangan gunakan password yang sama di laman sosial. Jadikan password unik dan tiada kaitan dengan diri anda kerana hacker akan mencuba satu persatu sehingga berjaya.

5] Lindungi email anda kerana jika hacker dapat acces kepada email anda, semua benda yang ada kaitan hacker akan mendapat acces seperti blog, bank account dan sebagainya.

6] Sentiasa double check Url / Address sesuatu laman web jika anda ingin mengisi maklumat maklumat yang penting kerana besar kemungkinan laman web phishing.

7] Gunakan antivirus yang sesuai dan sentiasa update antivirus


ARTIKEL ASAL DAN PENUH DI http://tze.blogspot.com/2010/12/awas-lindungi-akaun-anda-daripada.html






No comments:

Large Grey Polka Dot Pointer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...