SUMBER:
http://www.teratakarmo.com/2010/12/lagi-perbezaan-kicap-cap-kipas-udang.htmlhttp:Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas balasan email dari pihak ZARAFOOD iaitu Syarikat Pengeluar KICAP CAP KIPAS UDANG yang telah memberi maklum balas mengenai pertanyaan aku semalam jadi kali ini aku ingin berkongsi dengan semua agar kita sebagai pengguna dapat mengelak dari tertipu oleh Pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Dibawah ini aku sertakan maklum balas email dari pihak ZARAFOODSTUFF dan juga perbezaan untuk mengenal Produk Tiruan ini.
ASSALAMUALAIKUM 
Yang Dihormati En Azhar Ramli, merujuk emel saudara, pihak ZARA  disini sebenarnya telah mengesan kewujudan kicap tiruan ini (botol kecil  sahaja)  sejak bulan September dan kami tidak membuat publisiti yang  meluas berkenaan perkara ini kerana ingin menangkap dalang sebenar yang  menjalankan kegiatan ini.  Alhamdullialh setakat ini kami telah mengesan  beberapa pengedar haram tetapi masih gagal lagi mengesan dalang yang  terlibat.
  
Untuk pengetahuan saudara Azhar sebagai rasa tanggung jawab pihak  kami telah membuat bancian disemua kedai runcit dan mini market  diseluruh Malaysia bermula pada bulan September dan telah berkerjasama  dengan pihak KPDN untuk memberi amaran  dan merampas kicap  tiruan daripada peruncit telibat. 
Untuk  jangka pendek bagi mengurangkan impak kepada pengguna pihak  kami telah membuat pembaharuan kepada capseal dan label untuk memudahkan  pengguna membuat perbandingan diantara kicap tiruan dan asli. Produk  dengan Label baru digunakan bermula pada penghujung September hingga  kini dan boleh didapati di Hypermarket dan semua kedai-kedai yang lain.
   
Jika pengguna masih menjumpai produk kicap dengan label lama  (Capseal hitam) sila buat perbandingan seperti gambar yang dilampirkan  disini sebelum membuat pembelian. Pihak kami mendapati dari segi  pembungkusan, 98% peniruan sama  dengan yang asli menjadikan pengguna  susah untuk melihat perbezaan.
Dari segi rasa memang tidak sama kerana produk tiruan banyak  mengunakan air biasa, pewarna dan bahan pemekat , gula serta garam dan  tiada rasa lemak (Umami). Berbanding produk asli yang menggunakan  peraman ekstrak kacang soya yang mempunyai rasa lemak(umami) seakan rasa  monosodium glutamate(ajinomoto).
Oleh itu pihak kami sekali lagi  sangat mengalu-alukan peranan  Saudara Azhar untuk menyebarkan maklumat ini kepada pengguna  setia kami  yang lain. Kerjasama saudara amat kami hargai.
 Ok kata bawah ni ditunjukkan bahagian yang pengguna kena lihat untuk memastikan produk yang dibeli Asli atau Tiruan.
 Rasa produk tiruan adalah sangat berbeza dari produk asli. Produk tiruan  mempunyai rasa kurang MANIS, BERBAU MAUNG DAN DIPEKATKAN DENGAN  MENGGUNAKAN BAHAN PEMEKAT(TEPUNG) DAN WARNA YANG AGAK CERAH.  Terima  Kasih Sekali lagi kepada pihak Pengeluar atas Maklumat yang telah  dikongsikan.
 Diharap maklumat ini dapat membantu sesiapa sahaja pengguna KICAP CAP  KIPAS UDANG ini dari tertipu dan aku berharap korang kat luar sana  sebar-sebarkanlah agar jangan tertipu dengan Pihak yang tidak  bertanggungjawab ini. 

No comments:
Post a Comment