Assalamualaikum & salam ramadhan:)
Semalam 26/7/2012,6 Ramadhan,saya dengan jayanya berjaya mendaftarkan 'PERNIAGAAN' di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Sekejap je.Dalam setengah jam dah siap :D
Actually,tak plan sangat pun nak register.Tapi,dah alang-alang sampai dekat SSM Greentown Mall(GM) Ipoh,terus je buat sekali.hehe
Semangat berkobar-berkobar(huhu) nak register pun sebab SSM ada buat promosi.
http://www.ssm.com.my/en/form-public |
Dah sampai kat SSM tu terus beratur,ambik borang & isi.
Agak confused jugak nak isi.Kena sediakan 3 nama perniagaan sebab takut dah ada orang lain guna.
Lepas tu,as usual nama,alamat & jenis perniagan yang dijalankan.Haaa...yang ni memang confused :3
So,letak je kat situ
"Menjual barangan kraftangan (Felt Craft),aksesori,tudung"
Sampai hati orang SSM tu salah buat.
"Menjual barangan kraftangan (Felt Craft),aksesori tudung"
Ade pulak aksesori tudung~salah la. Aksesori , tudung baru betul.
Redha :)
Borang :) |
Dah siap isi borang,ambik nombor & tunggu..
Ditemani Kak Ida & kawan-kawan beliau - Kak Fariha,Kak Shida.huhu~
Kak Fariha & Kak Shida |
Kak Ida |
Lepas bayar RM60 untuk pendaftaran + lesen selama 5 tahun dapat benda ni
Lepas dapat tu kene tunggu lagi untuk dapatkan Perakuan pendaftaran
Settle :)
Alhamdulillah.
Walaupun,saya baru je berjinak-jinak dengan dunia perniagaan(cewahh.hehe) jual 2,3 ketul keychain je sebulan, tapi untuk langkah keselamatan kena la register.Kan? :)
Sebab susah nanti kalau kena saman ke apa ke.Kan?kan? :)
Suka ayat ni
"Jadi daftar perniagaan anda secepat mungkin dan buat akaun semasa perniagaan anda sekarang. Mungkin anda rasa pendapatan anda sekarang kecil tapi kemudian nanti anda tak tau lagi".
Sumber: http://fazliizwan.com/ruginya-tak-daftar-perniagaan/
Ok,lepas ni plan nak buat blog untuk bisnes kecil-kecilan ni :D
Page kat FB dah ada.
ni - https://www.facebook.com/pages/Bff-Craft/191877944246257
Semoga terus maju.hehe.
Aminnn :)
Yang Menaip
SyiemasheHashim