Jabatan Veterinar hari ini mengesahkan  tidak terdapat telur tiruan dijual di pasaran negara ini berdasarkan  ujian pensampelan yang dibuat setakat ini.
Ketua Pengarah Veterinar Datuk Dr Abd Aziz  Jamaluddin berkata sampel telur itu diambil dari pasar-pasar seluruh  negara termasuk sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang yang didakwa  menjual telur tiruan sepertimana laporan media minggu lalu.
"Keputusan awal yang diperolehi semua telur yang disampel ini adalah  telur tulen. Bagaimanapun mana-mana pengguna atau persatuan pengguna  yang mempunyai telur tiruan kita minta mereka serahkan kepada jabatan  dan saya sanggup menyediakan ganjaran untuk maklumat ini," katanya  kepada pemberita di sini.
Rabu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang  (CAP) mendedahkan pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna yang  membeli 30 biji telur tiruan pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus.  Merujuk kepada kes itu, Abd Aziz berkata telur itu berkemungkinan adalah  telur yang rosak atau bergred rendah yang tidak sepatutnya dijual  kepada pengguna.
Beliau berkata bentuk yang agak berlainan  tidak bermakna ia adalah telur tiruan, manakala jenis makanan atau  antibiotik yang diberikan kepada ayam juga boleh menyebabkan telur itu  sedikit berbeza. Bagaimanapun, Makmal Kesihatan Awam di Salak Tinggi,  Selangor akan menjalankan kajian terhadap telur-telur itu bagi  memastikan kandungannya selamat dimakan, katanya.
Abd Aziz berkata untuk menghasilkan telur  tiruan yang rupanya hampir sama dengan telur asli memerlukan kos yang  begitu tinggi termasuk untuk penyelidikan yang baik, sedangkan telur  tulen dijual dengan harga yang  begitu rendah di negara ini iaitu  sekitar 32 sen sebiji bagi gred terbaik (AA).
Beliau turut menolak kemungkinan telur  tiruan itu dihasilkan di negara lain dan diimport ke negara ini kerana  Malaysia tidak membenarkan pengimportan telur kecuali bagi tujuan  pembiakan. "Ini kerana telur yang dihasilkan di negara ini lebih dari  keperluan rakyatnya iaitu 23 juta biji sehari," katanya.
OHooooOOO~~
tipu je la~
btw~mari tgk cara2 buat telur tiruan nie~
OHooooOOO~~
tipu je la~
btw~mari tgk cara2 buat telur tiruan nie~
Hasil Rompakan Rujukan :
http://www.iluvislam.com/berita/malaysia/2075-tiada-telur-tiruan-dijual-di-negara-ini.htmldan Encik Youtube (:
TELUR AYAM TIRUAN ?

















