Pages

Grab A Button


Monday, January 31

:print screen:

 yeayyyyyy!! *senyum cam Chibi kat atas 2*..hO3~
da jumpe pn cane nk print screen....*suke*
jenjalan kat blog sape ntah tadi..then terjumpe blog comel nie..

klik2 cni..:)

Jom belaja buat..:)









1.
memule click je PrtSc SysRq kat laptop tu. untuk laptop jenis dell atau compaq, tekan (Fn) dan (PrtSc SysRq) serentak ye.


2.
then bukak paint.



3.

pastu click edit > paste atau Ctrl+V





4.

langkah seterusnye, gune tool rectangular to edit pic. kalau nak gune the whole pic, xperlu gune tool nie. atau kalau nak move, move je pic tu.



5.

bile da select part mane yang kite nak, leh la right click n click kat copy tu.



6.

then save kat folder. ciap! huhu.. 


>da tengok kn??jom tengok tuan punye blog y wat entry nie..
*jOm2*



http://www.edrienahazelina.com


read more “:print screen:”

Sunday, January 30

:InsyaAllah Versi Bahasa Melayu:

INSYAALLAH
Maher Zain






 Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu





(Korus)
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya


Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu




(Ulang korus)


Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...





(Ulang korus)


>Melodi: Maher Zain
Lirik: Maher Zain & Bara Kherigi
>Susunan Muzik: Maher Zain & Hamza Namira
Lirik Melayu: Frizdan


SUMBER:


>LIRIK:
http://www.facebook.com/MZMfc#!/notes/lirik-nasyid-pilihan/insya-allah-maher-zain-malay-version/493354710495

>VIDEO:
http://www.youtube.com/watch?v=Aq8DbNTsoZw&feature=feedu



>GAMBAR:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000731636407#!/MaherZain

http://www.facebook.com/MZMfc
read more “:InsyaAllah Versi Bahasa Melayu:”

Saturday, January 22

>Ujub Zaman Moden...

>Artikel dari group:
Faiz Hilmi Fadzil January 22 at 10:06am

>Hanya Allah SWT sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Alllah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT untuk merasakan diri-Nya hebat,untuk menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama dari orang lain,berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti " Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia ..."


Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh -contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden:



1. BLOG & FOLLOWERS


Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dalam kalangan ' blogger '. Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun followers yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan ' followers ' menyebabkan diri mereka terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya ' followers '. Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan ' followers ' atau seronok kerana melihat JUMLAH ' followers ' yang banyak ?

 


2. ' Like ' di FACEBOOK


Post ' status ' di laman sosial Facebook. Ramai pula yang yang tekan ' like '. Apabila ramai yang ' like', mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas ! Tidak salah untuk berasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai riak dan berbangga dengan diri sendiri. 


 


3. Komen di Facebook


Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindak balas yang memberangsangkan pada ' post ' kita di facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.

 


4. Komen gambar di facebook


Perkara ini mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak , ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian,mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.



5. Ramainya Kawan / peminat di Facebook


Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu,malah jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati !



6. Berdakwah di facebook


Mungkin ramai kawan kita yang merapu di facebook. Sebagai orang yang berasa dirinya wajib untuk berdakwah di tengah-tengah rakan facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.


Yang dibimbangkan di sini,apabila kita berdakwah , kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie !


Jadi, berhati-hatilah dengan hati ! Semoga kita dilindungi Allah drpd penyakit2 hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk berasa ujub kerana tanpa izin- Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah. ♥


Dipetik daripada ILUVISLAM ♥



 
read more “>Ujub Zaman Moden...”
Large Grey Polka Dot Pointer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...