Pages

Grab A Button


Monday, January 31

:print screen:

 yeayyyyyy!! *senyum cam Chibi kat atas 2*..hO3~
da jumpe pn cane nk print screen....*suke*
jenjalan kat blog sape ntah tadi..then terjumpe blog comel nie..

klik2 cni..:)

Jom belaja buat..:)









1.
memule click je PrtSc SysRq kat laptop tu. untuk laptop jenis dell atau compaq, tekan (Fn) dan (PrtSc SysRq) serentak ye.


2.
then bukak paint.



3.

pastu click edit > paste atau Ctrl+V





4.

langkah seterusnye, gune tool rectangular to edit pic. kalau nak gune the whole pic, xperlu gune tool nie. atau kalau nak move, move je pic tu.



5.

bile da select part mane yang kite nak, leh la right click n click kat copy tu.



6.

then save kat folder. ciap! huhu.. 


>da tengok kn??jom tengok tuan punye blog y wat entry nie..
*jOm2*



http://www.edrienahazelina.com


read more “:print screen:”

Sunday, January 30

:InsyaAllah Versi Bahasa Melayu:

INSYAALLAH
Maher Zain






 Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu





(Korus)
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya


Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu




(Ulang korus)


Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...





(Ulang korus)


>Melodi: Maher Zain
Lirik: Maher Zain & Bara Kherigi
>Susunan Muzik: Maher Zain & Hamza Namira
Lirik Melayu: Frizdan


SUMBER:


>LIRIK:
http://www.facebook.com/MZMfc#!/notes/lirik-nasyid-pilihan/insya-allah-maher-zain-malay-version/493354710495

>VIDEO:
http://www.youtube.com/watch?v=Aq8DbNTsoZw&feature=feedu



>GAMBAR:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000731636407#!/MaherZain

http://www.facebook.com/MZMfc
read more “:InsyaAllah Versi Bahasa Melayu:”

Saturday, January 22

>Ujub Zaman Moden...

>Artikel dari group:
Faiz Hilmi Fadzil January 22 at 10:06am

>Hanya Allah SWT sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Alllah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT untuk merasakan diri-Nya hebat,untuk menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama dari orang lain,berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti " Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia ..."


Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh -contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden:



1. BLOG & FOLLOWERS


Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dalam kalangan ' blogger '. Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun followers yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan ' followers ' menyebabkan diri mereka terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya ' followers '. Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan ' followers ' atau seronok kerana melihat JUMLAH ' followers ' yang banyak ?

 


2. ' Like ' di FACEBOOK


Post ' status ' di laman sosial Facebook. Ramai pula yang yang tekan ' like '. Apabila ramai yang ' like', mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas ! Tidak salah untuk berasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai riak dan berbangga dengan diri sendiri. 


 


3. Komen di Facebook


Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindak balas yang memberangsangkan pada ' post ' kita di facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.

 


4. Komen gambar di facebook


Perkara ini mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak , ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian,mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.



5. Ramainya Kawan / peminat di Facebook


Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu,malah jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati !



6. Berdakwah di facebook


Mungkin ramai kawan kita yang merapu di facebook. Sebagai orang yang berasa dirinya wajib untuk berdakwah di tengah-tengah rakan facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.


Yang dibimbangkan di sini,apabila kita berdakwah , kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie !


Jadi, berhati-hatilah dengan hati ! Semoga kita dilindungi Allah drpd penyakit2 hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk berasa ujub kerana tanpa izin- Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah. ♥


Dipetik daripada ILUVISLAM ♥



 
read more “>Ujub Zaman Moden...”

Wednesday, January 19

>Sensitiviti Foto Di Laman Sosial



Tapi bagaimana kalau posisi lelaki tersebut ditukar kepada wanita. Bukan sebarang wanita tetapi seorang muslimah pula. Jika dahulu, foto kita hanya dimiliki oleh diri sendiri sahaja tetapi sekarang dengan kemunculan laman sosial, segalanya menjadi amat mudah. Hanya tekan butang upload dan gambar itu akan terpapar di sesawang internet seluruh dunia.
Jika diperhatikan, banyak kebaikan yang hadir dengan kemajuan teknologi dalam photo sharing yang boleh dimanfaatkan bersama tetapi rasanya, cuba kita singkap keburukan dan kelemahannya pula.

Seandainya kita melayari laman sesawang yang menawarkan khidmat group, pasti akan terlihat pelbagai jenis foto manusia yang tidak pernah sekali pun bersua. Apatah lagi, sekiranya foto itu telah dibedah dengan Photoshop. Kadang kala, gambar yang pelik-pelik pun ada. Usah diperkatakan dengan gambar-gambar terlarang. Pernahkah kita membayangkan perasaan orang yang mungkin terlihat foto seorang muslimah (kerana rasanya gambar lelaki tidak menjadi rebutan)? Jika yang baik dan tinggi imannya, akan terus menekan butang close. Tapi yang kurang imannya pula bagaimana?

Ramai rakan-rakan kita yang memiliki Facebook  pastinya akan dan ingin berkongsi saat-saat manis mereka. Jika tiada, kenalannya pula akan tag gambar beliau. Timbul rasa musykil bila melihat gambar-gambar ini. Selamatkah? Tidak mengapakah kalau orang tengok? Aku tengah tidak pakai tudung waktu ini, orang lain tangkap gambar. Yang lelaki juga tidak terlepas dosa memperlihatkan auratnya secara global.

Pasti timbul pelbagai syubhah di hati kerana tahu ianya salah tapi ingin juga dibenarkannya. Akhirnya, satu hari, kita lihat gambar kita yang telah di-edit terpampang di laman-laman yang tidak sepatutnya. Ditambah dengan nombor telefon yang diletakkan di profile, hidup kita akan "diserikan" dengan panggilan pelik.

Mungkin kes di atas hanya satu dalam sejuta. Tapi kita perlu sedar, kita ialah satu dalam sejuta itu.  Maka, beringat-ingatlah seandainya ingin berkongsi foto secara online.  Minta kawan remove seandainya gambar yang di-tag itu menyentuh hak peribadi sebagai seorang muslim mahu pun muslimah. Insyaallah, kita akan lebih tenang dalam dunia siber yang semakin meluas hari ini.

SUMBER:
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1513-sensitiviti-foto-di-laman-sosial.html
read more “>Sensitiviti Foto Di Laman Sosial”

Monolog Buat Mereka Yang Sedang Mencari CINTA......



Menunggu memang melelahkan jiwa. Orang yang dinanti pun entah di mana gerangannya. Namun...begitulah hebatnya bila bercinta. Yang menunggu akan menanti penuh setia, hatta waktu solat dah masukpun tidak dipedulinya. Ada yang mencari cinta di alam maya, faceboook, friendster, YM dan macam-macam lagi adanya. Ada rezeki bolehlah mencari cinta katanya. Begitulah mudahnya hari ini anak-anak muda mencari cinta.

Tidaklah sebanding ertinya kalau kau gadaikan aqidah hanya kerana gundah gulana menanti dan memikir yang dicintai . Bukankah kekanda/adinda yang diidamkan kelak juga ada di syurga?

Kesepian memang kadang menyakitkan, menoreh setiap senyum dan tawa, serta menciptakan riak anak sungai di sudut mata. Sedih dan pedih silih berganti kunjung mengunjungi. Pupus segala harap, melukai semua impian yang kadang memabukkan. Hingga, jiwa yang rapuh menciptakan serpihan kegelisahan yang memilukan.

Cinta...
Entah berapa banyak pahlawan yang tercipta kerananya, namun cinta juga terkadang melahirkan para pecundang. Ia laksana kobaran api yang berasal dari setitik bara, menyuluh, namun dapat pula membakar. Impian kerana cinta membuat hati dan raga terselimuti bahagia, membina harapan yang keluar masuk melalui butiran darah. Mengharapkan belahan jiwa yang siap mendampingi saat tawa dan air mata, hingga kebahagiaan terpancar tatkala berjaya mendirikan rumahtangga dan berkeluarga dengan selimut kasih sayang, penuh luapan cinta.

Namun, impian berbeza dengan kenyataan. “Sepi terus menyapa diri, aku masih sendiri dan masih saja sendiri. Duhai belahan hati, entah di mana kekanda/adinda bersembunyi.” Begitulah mungkin persoalan yang bermain-main kepada mereka yang menanti cinta.





"Read the rest of the entry>>"

Cinta dan impian untuk membentuk sebuah keluarga memang begitu indah. Namun tatkala ia belum menyapa janganlah membuat gundah dan resah, bahkan merubah pandangan terhadap Sang Pemilik Cinta. Kegelisahan jangan pula membuatmu menggadaikan aqidah, kerana sungguh itu adalah harta yang tak ternilai harganya.
Jangan gadai harta yang tak ternilai ini, walaupun suasana yang ada menyeru-nyeru agar dikau menjual sahaja harta itu. Perhatikan cinta anak muda hari ini, ragam cinta mereka memudahkan cinta diselubungi noda dan dosa.
Cinta yang membara tidak akan dapat menghapus ketentuan Allah swt., "Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mu'min) sebelum mereka beriman..." (Al Baqarah: 221).

Cinta akan membentuk sebuah keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah kerana kesamaan iman dan aqidah, dalam naungan redha Allah swt. Jangan biarkan sedikitpun celah hatimu terbuka dengan cinta berselubung nafsu dan emosi, kerana cinta seperti itu akan mengorbankan aqidah. Pernikahan atas keyakinan nafsu dan emosi, tidak akan melahirkan ketenteraman jiwa, kerana ia adalah zina.

Pernikahan yang di bina atas dasar nafsu dan cinta emosi membentuk tiang seri yang rapuh. Serinya hanya sementara, tidak lama nanti berdepan dengan tsunami rumahtangga.
Duhai jiwa yang lelah...
Saat persoalan cinta mengetuk jiwa, di manakah gerangan kekanda/adinda berada, kembalilah kepada Sang Pemilik Rahsia. Lantunkan munajat dan doa, mohon tetapkan iman untuk selalu menyerah kepadaNya. Jadikan hati ini selalu ikhlas serta rela atas setiap keputusan.

As'alukallahummar ridha ba'dal qadha, wa burdal 'iisyi ba'dal maut, wa ladzdzatan nazhori ila wajhika, wa syauqon ila liqaa'ika. Ya Allah, aku mohon kerelaan atas setiap keputusanMu, kesejukan setelah kematian, dan kelezatan memandang wajahMu serta kerinduan berjumpa denganMu.

Mohonkan juga kepadaNya, agar Ia menguatkan niat dan azam kepada lelaki yang belum menemui jodoh atau wanita yang sedang menanti kekanda pilihan untuk segera menyempurnakan setengah agamanya, sehingga dirimu serta pasangan jiwa tercinta dapat bersama membangun sebuah istana kecil nan indah dalam naungan redha-Nya.

Sabar dan besarkan jiwa. Kuatkan hati, teguh dan selalu istiqamah mengharap pada-Nya. Jangan mengharap pada manusia, kerana dirimu memiliki harta yang tidak ternilai harganya, ialah aqidahmu kepada Rabb yang Agung....


SUMBER:
http://usrahkeluarga.blogspot.com/2010/05/monolog-buat-mereka-yang-sedang-menanti.html

read more “Monolog Buat Mereka Yang Sedang Mencari CINTA......”

Monday, January 17

>Nota Cinta Buatmu...Bakal Suamiku...


“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

>“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.
Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.

”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.

“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.

Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.

Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.

”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.

Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.
Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.

”Astaghfirullahal azim..alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.


Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.
Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. 


Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.
Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.


Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah...
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.
Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.
Ikhlas, Izhar...

Wassalam saudaraku Muhd Izhar...
Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...

Wahai saudaraku...
Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kiranya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya.
Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…

“Astaghfirullahal ’azim...Astaghfirullahal ‘azim…Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.

Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.
Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...



SUMBER:
http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1501-nota-cinta-buatmu-bakal-suamiku.html


read more “>Nota Cinta Buatmu...Bakal Suamiku...”

Thursday, January 13

>Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi x mampu nak berkahwin, tolonglah bace yee…

SUMBER:msj dri group:
Asma Qhadeeja January 11 at 12:58am 
(by Hafizul Sobrie on Friday, December 31, 2010 at 10:46am)

1. Saya da jatuh hati kat die la… camne lak ni?

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32


"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
*Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas*

“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”. 

*Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar*


2. Tapi saya x cukup duit laaaa nak kawin…. Huhu


“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.
*Surah An-Nur : 33*

Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.

3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn org lain.…

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
*Surah Al-A’raf : 128*

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
*Surah Al-Hajj : 40*

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
*Surah Alam Nasyrah : 5-6*

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.

Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..


4. Tapi saya da syok kat dia.. I can’t live without him/her..

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
*Surah An-Nur : 30*

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.
*Surah Al-Jatsiyah : 18*

“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
*Riwayat Bukhari*


5. Ala.. saya bercinta bukan slalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. ktorang xpenah pon berdua-duaan…


“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
*Surah Al-Isra : 32*


“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
*Musnad Ahmad*

“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.
*Riwayat Bukhari Muslim*


6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
*Surah Yasin : 36*

“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
*Surah Az-Zukhruf : 12*

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
*Surah Ar-Rum : 21*


7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!

Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.
Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w.. baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
*Riwayat Ibnu Majah*

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.
*Riwayat Abu Mansur Al-Dailami*

Kesimpulan :

Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin. Kalau x mampu? Tahanlah nafsu!

Memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!

Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI & PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita.. Salafusoleh telah pun berjaya, KENAPA KITA PULA TIDAK BOLEH BERJAYA SPT MEREKA?




read more “>Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi x mampu nak berkahwin, tolonglah bace yee…”

Wednesday, January 12

:: ADAKAH BATAL SOLAT JIKA MEMAKAI MINYAK WANGI BERALKOHOL? ::

SUMBER:fb

(Wednesday, January 12, 2011 at 12:16am)
 

Adakah batal menggunakan minyak wangi atau minyak rambut beralkohol ketika solat?

Jawapan: Sah solat seseorang yang menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang beralkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan(campuran bahan kimia) kerana ia bukan najis. Manakala menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang menggunakan alkohol yang diambil daripada arak  maka solatnya tidak sah kerana ia najis berdasarkan 
Firman Allah s.w.t:  Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Surah al-Maidah:90) Wallahu a’lam.

SUMBER : http://www.pmm.edu.my/pusatislam/index.php?option=com_content&view=article&id=34%3Aminyak-wangi-beralkohol&catid=4%3Asoal-jawab&Itemid=17
read more “:: ADAKAH BATAL SOLAT JIKA MEMAKAI MINYAK WANGI BERALKOHOL? ::”

Monday, January 10

PENSIL & PEMADAM

by paeh.net on Monday, January 3, 2011 at 5:55pm
Pensil : Maafkan aku, kawan.

Pemadam : Kenapa, kawan? Kamu tidak berbuat salah padaku.

Pensil : Maafkan aku kerana telah menyakitimu, kawan. Bila saja aku terbuat silap, kau selalu ada untuk memadamkan. Sedang kesilapan aku hilang, kamu hilang sebahagian dirimu, kawan. Semakin kecil dan kecil.

Pemadam : Ya, tidak mengapa, kawan. Kamu tahu, memang itu tujuan hidupku, untuk membantumu ketika kamu memerlukan aku. Dan aku tahu, suatu masa nanti aku akan pergi. Ketika itu kamu akan mendapat teman baru. Usah risau, kawan. Aku sukakannya!

Dengan cara apa hidup kita akan bermakna?

Pensil : Kawan, aku sayang kamu!

Sekali lagi, dengan cara apa hidup kita akan bermakna?

Pemadam : Dan kamu, tulislah kepada dunia, kawan. Biar kehilangan aku termakna.

Maka dengan cara apa hidup kita akan termaknai, kalau bukan untuk memberi sebanyaknya?

sumber:
d' art of thought

posted by :
www.paeh.net / www.aku.paeh.net

                                                            
read more “ ”

Sunday, January 9

:Chibi Maruko Chan...:



LIRIK:

Chibi Maruko Chan = Yume Ippai; Full of Dreams

* tanoshii koto nara ippai
yume miru koto nara meippai
imasugu oshare ni kikaete
tomodachi sagashi ni yukou yo

aozora ni tsuzuku sakamichi

ikiseki kaketeku ano ko wa da are?
wasureteta takara mitsuketa yo
kiritotta jikan no katasumi
yuuyake sougen kaze no nioi
egao no mahou o oshiete

**genki ni narou yo ippai

KIRAKIRA shiyou yo meippai
harikiri tsubasa o hirogete
PECHAKUCHA oshaberi shiyou yo

mugi wara boushi no natsuyasumi

akai jitensha de doko e yuku no
hi damari no kusabue ga kikoeta yo
omoide no ano hashi watarou
kagerou himawari MASHUMARO no kumo
kokoro no enogu ga afuredasu

* repeat


**repeat




ENDING...

 

Chibi Maruko Chan - Odoru Ponpokorin

nan demo kan demo minna
odori wo odotte iru yo
onabe no naka kara BOWA tto
INCHIKI oji-san toujou
itsu datte wasurenai
EJISON wa erai hito
sonna no joushiki TATTATARARIRA
PIIHYARA PIIHYARA
PAPPAPARAPA
PIIHYARA PIIHYARA
PAPPAPARAPA
PIIHYARA PIHYARA
o heso ga chirari
TATTATARARIRA
PIIHYARA PIIHYARA
PAPPAPARAPA
PIIHYARA PIIHYARA
odoru PONPOKORIN
PIIHYARA PII onaka ga hetta yo

ano ko mo kono ko mo minna
isoide aruite iru yo
denshinba shira no kage kara
o warai geinin toujou
itsu datte mayowanai
KIESUKA wa eki no naka
sonna no yuumei TATTATARARIRA
PIIHYARA PIIHYARA
PAPPAPARAPA
PIIHYARA PIIHYARA
PAPPAPARAPA
PIIHYARA PIIHYARA
NINJIN iranai
TATTATARARIRA
PIIHYARA PIIHYARA
PAPPAPARAPA
PIIHYARA PIIHYARA
odoru PONPOKORIN
PIIHYARA PII BUTA no BUUTAROU

itsu datte wasurenai
EJISON wa erai hito
sonna no joushiki
TATTATARARIRA
PIIHYARA PIIHYARA
PAPPAPARAPA
PIIHYARA PIIHYARA
PAPPAPARAPA
PIIHYARA PIIHYARA
o heso ga chirari
TATTATARARIRA
PIIHYARA PIIHYARA
PAPPAPARAPA
PIIHYARA PIIHYARA
odoru PONPOKORIN
PIIHYARA PII onaka ga hetta yo
PIIHYARA PIIHYARA
PAPPAPARAPA
PIIHYARA PIIHYARA
odoru PONPOKORIN
PIIHYARA PII onaka ga hetta yo 


>suke gler!....hu3~

                                                                                       
read more “:Chibi Maruko Chan...:”

Thursday, January 6


>cinTAiLh seSUatU kerAna ALLAH,insyaALLAH cinTA itU akaN sentiaSA ceLIk untuK melihaT kEbenaRaN.RELa & tEGALh berKatA 'TIDAK' dEMi cinTA.CiNTAilH ALLAH & slALu menJGa huKUm-haKAmNYA.BILa cintA KITA kEranA YaNg maHA BAQA(kekaL).makA itULAh pEtandA ciNTa kiTA sEsaMA mAnUSiA akaN kEkaL<


read more “ ”
Large Grey Polka Dot Pointer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...